Kecantikan

Sangat Mudah! Produk Mamonde Kini Boleh Didapati di 11street

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Sangat Mudah! Produk Mamonde Kini Boleh Didapati di 11street

Jika anda merupakan peminat apatah lagi produk kecantikan yang berasaskan bunga, Mamonde, kini anda boleh dapatkan di 11street.

IKLAN

Mamonde Malaysia, satu jenama kosmetik di bawah Amorepacific Malaysia telah berkembang pasarannya dalam talian melalui perkongsian dengan 11street (www.11street.my), salah satu pasaran dalam talian terbesar di Malaysia.

Dengan pelancaran Mamonde di 11street, pembeli boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk yang merangkumi penjagaan kulit dan barangan mekap. Bukan itu sahaja, setengah daripadanya hanya eksklusif berada di 11street seperti Rose Water Toner 500ml, AC Balance Spot Serum 15ml, AC Balance Spot Patch (12 patches) dan Colour Tone Up Base 30ml (01-Green & 02-Purple).

First Energy Serum Set RM119. Foto – Arkib Wanista

Okay ini part yang paling best, bersempena dengan pelancaran rasmi Mamonde di 11street, Mamonde menawarkan tawaran dalam talian khas pada bulan Jun. Antara tawaran itu termasuk Basic Skincare Set RM49 (jimat 49%), First Energy Serum Set RM119 (jimat 20%), Highlight Lip Tint Set RM50 (hadiah dengan pembelian), Mascara (Volume) Set RM59 (hadiah dengan pembelian), Complimentary Cushion Case dengan setiap pembelian Cover Powder Cushion No.21 atau No.23 (hadiah dengan pembelian).

Mamonde Basic Skincare Set. Foto – Arkib Wanista

“Berdasarkan kempen yang dijalankan, kami mendapati produk Korea adalah salah satu produk yang paling laris di platform kami. Dengan produk kecantikan dan kesihatan sebagai salah satu barangan membeli-belah dalam talian yang paling popular, kami gembira untuk bekerjasama dengan Mamonde Malaysia,” jelas Bruce Lim, Naib Presiden Merchandising, 11street.

Jadi, apa tunggu lagi, cepat ke 11street sekarang!