Bermula 1 sehingga 24 Jun, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) membawakan kempen Jom Ta-pau iaitu membawa bekal sendiri untuk yang tersayang, rakan pejabat dan untuk diri anda sendiri. Ianya sebagai salah satu cara untuk menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan karbon.
Jika anda ingin turut bersama menyertai Jom Ta-pau dapatkan tiga bekas makanan i.care box dengan warna pilihan merah, hijau, oren, ungu dan biru. Anda boleh mengumpul dengan menempah menu Classic Choice (harga normal: RM16.90) ayam panggang-rotisserie bersama kentang putar dan coleslaw (harga normal: RM9.90) dengan harga RM14.90.
Kenny Rogers Roasters juga memperkenalkan tawaran istimewa Ta-pau for 2 iaitu dua set Classic Choice Meal hanya RM20.00 (early birds).
Promosi ini hanya boleh ditempah setiap hari pada pukul 3 petang hingga 6 petang, seluruh negara. Khas untuk hidangan bawa pulang (take-away).
Pihak Kenny Roger Roasters tekad untuk meneruskan kempen Reuse & Save bemula 1 Julai hingga 31 Disember 2017 dengan tawaran RM10.00. Pengunjung KRR digalakkan membawa i.care box untuk menikmati menu Classic Choice pada harga RM10.00.
Layari www.krr.com.my atau laman rasmi Facebook KRR www.facebook.com/krrmalaysia.