Yang cantik dipuji, yang hodoh dikeji, itu semua ragam manusia. Keadaan yang sama terjadi kepada gadis remaja 20 tahun.
Meskipun dibuli dan digelar ‘hantu’ kerana rupa parasnya namun Nontobeko Mbuyazi, 20, yang dilahirkan albino, mampu tersenyum kerana dia telah berjaya menjadi seorang model.
Mbuyaki yang merupakan penuntut Universiti Nontobeko kini dengan bangga menayangkan gambar-gambarnya sebagai model di media sosial walaupun turut menjadi mangsa buli siber.
“Saya adalah albino dan di sebalik perbezaan itu, saya telah menemui keyakinan dengan memulakan karier sebagai model.
“Orang gelar saya hantu dan tanya kenapa muka saya pucat tetapi saya berani untuk mempertahankan diri dan inilah yang memberikan keyakinan kepada saya,” katanya.
Menurut Mbuyaki, ramai albino di luar sana yang mengalami tekanan disebabkan diskiriminasi terhadap mereka tetapi gadis yang dilahirkan di Ladysmith di Afrika Selatan ini tidak mahu hidup dalam tekanan.
“Bila saya membesar, saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah bersama kanak-kanak lain disebabkan kulit saya yang begitu pucat dan perlu memakai topi sepanjang masa.
“Tetapi albino tidak boleh melupakan bahawa mereka perlu melindungi diri daripada cahaya matahari kerana ia merbahaya,” katanya.
Nota – Albino adalah mereka yang tidak mempunyai pigmentasi.