Fesyen, Ramadhan & Aidilfitri

Inspirasi Era Saloma, Elemen Sukan Dalam Busana Petang Raya 2017/18 Bernard Chandran

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Inspirasi Era Saloma, Elemen Sukan Dalam Busana Petang Raya 2017/18 Bernard Chandran

Jika yang lain sedang berlumba untuk menghasilkan rekaan moden, lain pula dengan pereka fesyen tersohor Malaysia memilih fesyen dari tahun 1950, 1960 dan 1970 dalam koleksi raya terbaharu milik beliau Petang Raya 2017/18.

IKLAN

Koleksi ini diinspirasi dari ikon dan selebriti Melayu seperti Mariam Ismail, Saloma, Saadiah dan Rahimah Alias yang dianggap seperti Faye Dunaways dalam dunia perfileman Melayu. 

Melalui tiga era yang beliau pilih, tanpa ragu-ragu beliau menghasilkan baju kurung dengan menambah elemen retro. Menggunakan fabrik bercorak untuk 1970, potongan dan tekstur fabrik tersendiri untuk tahun 1950 dan 1960 memberi nafas baru dalam kebebasan fesyen yang tidak mengatur sempadan. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Bernard juga menghasilkan busana kontemporari yang dimasukkan aura pakaian sukan khas untuk wanita Melayu yang gemar mengembara iaitu Sport Kurung, Sarong Pant dan Baju Kedah berlengan tinggi, gaya baru ‘Fish Tail’ dan aerodinamik Kaftan. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Tidak ketinggalan untuk kaum Adam, Baju Melayu dari Bernard diberi nafas baru dengan menambah elemen pakaian sukan, warna neon dan khas untuk menampilkan kemewahan dalam berfesyen, 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Koleksi ini merupakan bukti kesungguhan Bernard dalam mengekalkan identiti beliau sebagai pereka fesyen yang berpengalaman dan diiktiraf.