Jenama rangkaian penjagaan rambut profesional yang sering menjadi kegemaran golongan elit termasuklah selebriti dan peragawati antarabangsa, Alterna yang telah sekian lama berkembang dalam bidang penghasilan produk rambut sejak 1997.
Alterna komited memelihara kualiti produknya dengan hanya memilih ramuan terbaik yang berkualiti serta memanfaatkan janaan teknologi terkini demi kepuasan pengguna.
Apa yang lebih menarik, setiap satu produk telah dilengkapi dengan bahan mewah yang berasaskan alam semula jadi di samping mementingkan kesihatan pengguna dan persekitaran secara menyeluruh.
Menjanjikan rambut bebas kekusutan sehingga 72 jam lamanya! Jom lihat apa lagi kelebihan gabungan duo Bamboo Smooth Anti-Frizz AM dan PM. ❤️
ALTERNA BAMBOO SMOOTH ANTI-FRIZZ /PM: RM106
Ini adalah perawatan sepanjang malam yang berfungsi untuk menyalur nutrien efisyen kepada setiap helaian rambut sehingga ke akar umbi agar rambut bebas kusut, lembut dan mudah diurus sebaik bangun dari tidur. Jangan risau kerana Bamboo Smooth Anti-Frizz PM Overnight Smoothing Treatment tidak akan mengotorkan sarung bantal!
Walau bagaimanapun, pengguna harus bersyampu serta guna pelembap (conditioner) ketika mandi pagi sebelum beralih ke perawatan seterusnya iaitu Alterna Bamboo Smooth Anti-Frizz AM.
ALTERNA BAMBOO SMOOTH ANTI-FRIZZ /AM: RM106
Ini adalah balm istimewa yang dicipta untuk mengunci kelembapan optimum di dalam setiap helaian rambut dan ia hanya akan berfungsi apabila terkena haba panas. Oleh itu, sebaik mencuci rambut, picit sedikit Bamboo Smooth Anti-Frizz AM Daytime Smoothing Blowout Balm dan sapu rata ke seluruh bahagian rambut sebelum mengeringkan rambut dengan teknik blow menggunakan pengering rambut yang dimula dari pangkal rambut hingga ke hujung.
Paling penting, balm ini akan mengekalkan kehalusan rambut tanpa kusut, rambut akan kelihatan tiga kali ganda lebih lembut malah bisa memelihara rambut dari suhu kepanasan melampau sehingga 232°C!
Sesuai untuk kegunaan semua jenis rambut termasuk rambut yang berwarna, rangkaian Bamboo Smooth Anti-Frizz ini diinovasikan teknologi SmoothSeal yang bisa mengunci tahap kelicinan rambut seterusnya mengandungi minyak ekstrak Kendi yang setanding minyak Argan bagi menghasilkan rambut terurus serta sihat bersinar tanpa kerosakan.
Formulasinya turut disertai ekstrak organik buluh dan proprietari ColorHold agar warna yang menyelaputi helaian rambut kekal menawan.
Tutorial Penggunaan Alterna Bamboo AM/PM Anti-Frizz System
https://www.youtube.com/watch?v=ah9b_JzvDmQ
Rangkaian penjagaan rambut Alterna boleh dibeli di cawangan gedung kecantikan Sephora seluruh Malaysia.
Bamboo Smooth Anti-Frizz AM/PM adalah sebahagian koleksi untuk musim bunga Sephora 2017! Klik #SephoraSpring2017 untuk lihat pelbagai lagi produk kecantikan lain terkini dari Sephora.