Peneraju pengeluar permainan Mattel kini tampil memperkenalkan pengalaman di mana pengguna terutamanya kanak-kanak perempuan bisa mencipta patung Barbie mereka menurut inspirasi serta kreativiti tersendiri.
Barbie: Create Your Own membuka peluang untuk anak-anak kecil melangkaui batasan imaginasi mereka dengan menambah perincian pada patung Barbie milik mereka.
Acara ulung ini telah pun berlangsung di Sunway Pyramid pada 23 hingga 28 Mei lalu dan akan terus membuat penjelajahan ke serata pusat membeli-belah terkemuka ibu negara di Mid Valley pada 1 hingga 4 Jun, KLCC dari 8 hingga 11 Jun dan berakhir di One Utama pada 14 hingga 18 Jun ini.
Kanak-kanak boleh bercerita menerusi hasil ciptaan patung Barbie mereka.
Di acara ini nanti, kanak-kanak boleh memilih patung Barbie kegemaran mereka dan berpeluang menggayakan patung tersebut mengikut cita rasa sendiri melalui pemilihan aksesori, pakaian, kasut, dan beg.
Sebaik selesai mencipta patung Barbie, ia kemudian akan ddibungkus dalam kotak istimewa yang akan dilabel dengan cetakan nama mereka.
Menurut falsafah Barbie bahawa “setiap wanita mempunyai pilihan” seperti yang pernah diperjelaskan oleh Ruth Handler si Pencipta Barbie, acara Barbie: Create Your Own ini secara tidak langsung dianjurkan bagi membantu anak-anak perempuan sekalian memahami konsep di mana setiap seorang daripada mereka berhak untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing merangkumi impian, cita-cita serta jalan hidup mereka disamping menghembus elemen keyakinan dalam diri.
Klik [www.facebook.com/officialbarbiemalaysia] untuk keterangan lanjut berkenaan Barbie: Create Your Own atau layari [barbie.mattel.my/youcanbeanything].