Berita & Isu Semasa

300 Drone Warnai Langit Jeddah Sempena Menyambut Ramadan (Video)

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
300 Drone Warnai Langit Jeddah Sempena Menyambut Ramadan (Video)

Dilaporkan, Pihak Berkuasa Am untuk Hiburan (GEA) menyambut kedatangan bulan suci Ramadan pada lewat Sabtu dengan menerbangkan 300 drone bagi mengadakan pertunjukan cahaya tinggi di atas langit Jeddah.

IKLAN

Pertunjukan cahaya itu dipamerkan sebagai tanda menyambut kedatangan Ramadan dengan cara yang inovatif.

Drone terbabit diterbangkan ke langit dengan ucapan Ramadan yang ditulis dalam bahasa Arab diikuti dengan lambang pihak berkuasa yang didatangkan dengan variasi warna.

“Kami mempamerkan pertunjukan cahaya itu di langit Jeddah, yang berdurasi selama lebih empat minit pada hari pertama Ramadan dengan satu cara paling inovatif dan menarik,” kata jurucakap.

Jika melihat kepada video pertunjukan itu, ia sememangnya sesuatu yang menakjubkan apabila objek-objek kecil itu dikumpulkan untuk bekerjasama dalam membentuk ucapan terbabit.

SUMBER

IKLAN