Sempena bulan Ramadan dan Syawal, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) memberikan nafas baharu kepada hidangan-hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Pilihan manis dan savuri kali ini pasti memenuhi selera anda!
Sajian utama iaitu Straits Cake, adalah gabungan kek span pandan dengan rasa manis asli gula melaka yang sungguh enak, disaluti pula dengan keju krim dan taburan empingan kelapa kering. Pencuci mulut sememangnya tidak lengkap tanpa coklat, jadi kami turut memperkenalkan The Chocolate Earl, kek lazat yang penuh dengan keunikan aroma daun tea Earl Grey disaluti lapisan coklat ganache halus. Kek ini sesuai dinikmati dengan secawan Earl Grey Tea Latte yang wangi semerbak dan berbuih.
Untuk penggemar sajian savuri, Spicy Tuna Pie dengan kulit pai yang rangup dan Chicken Rendang Pull Apart pula adalah pilihan terbaik untuk snek yang senang dikongsi bersama rakan atau keluarga. Hidangan-hidangan ringan ini sesuai dipasangkan dengan Mint Lime Tea yang menyegarkan (dengan pilihan Iced Sweet Tea, Sparkling Sweet Tea or Granita Tea Ice Blended®)!
Lebih istimewa lagi untuk rakyat Malaysia di musim ini, sepanjang bulan Ramadan dari sekarang hingga 25 Jun, pelanggan yang membeli mana-mana dua (2) minuman selepas pukul 8 malam boleh menikmati sajian pencuci mulut pilihan mereka secara PERCUMA!
Untuk maklumat lanjut tentang hidangan dan promosi terbaharu CB&TL, ikuti laman Facebook CB&TL di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web mereka di www.coffeebean.com.my.