Kulit kombinasi sering menjadi masalah utama kepada golongan wanita Asia, lebih-lebih lagi buat individu yang berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun.
Oleh kerana itu, individu seharusnya bijak memilih rangkaian penjagaan wajah yang sempurna agar masalah itu tidka melarat dan dapat dipulihkan dengan segera.
Solusi paling tepat buat kulit kering dan berminyak adalah pastinya rangkaian penjagaan wajah dari Korea yang diramu khas dengan elemen berasaskan air seperti Laneige demi membekal serta mengunci kelembapan optimum dalam kulit.
Terkini, Laneige baru sahaja melancarkan rangkaian yang digelar Fresh Calming terdiri daripada pencuci wajah, toner, mask dan serum yang mengandungi ekstrak buah laici serta gabungan air laut dalam.
Laneige mencipta satu teknologi istimewa, Skin Equalizing Technology untuk memperkasa kulit agar ia diterap dengan penuh kelembapan semula jadi seterusnya keadaan kulit menjadi seimbang membuatkan wajah kelihatan berseri tanpa keterjejasan.
Tonton Video Pengenalan Rangkaian Fresh Calming baharu Dari Laneige ft. Lee Sung Kyung
Selain melembap kulit dan menaikkan seri kulit dengan efek ekstrak buah laici yang mengandungi anti-oksidan tinggi, tujuan rangakaian Laneige Fresh Calming juga adalah untuk memulih masalah kulit seperti mana air laut dalam sebenarnya mampu menjadi penyembuh kepada alahan kulit serta pelbagai masalah kulit ekstrem lain.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.laneige.com/fresh_calming] atau kunjungi butik dan kiosk kecantikan Laneige di sekitar pusat membeli-belah seluruh Malaysia untuk dapatkan rangkaian produk dan kosmetik terkini.