Berita & Isu Semasa, Ramadhan & Aidilfitri

Kata Popia Berinti Otak-Otak, Bila Makan Rupanya…

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kata Popia Berinti Otak-Otak, Bila Makan Rupanya…

Tidak dinafikan, bulan puasa adalah bulan yang paling mencabar kerana sudahlah badan tidak bermaya, hati dan jiwa juga terkadang seolah dicabar faktor sekeliling termasuklah sifat manusia yang sesetengahnya tidak berhati perut.

IKLAN

Menurut perkongsian di Facebook, seorang lelaki telah membeli tiga biji popia berinti otak-otak berharga RM2 namun sebaliknya juadah itu mengandungi inti keropok lekor dan bukannya otak-otak seperti yang dikatakankan oleh penjual berkenaan.

“Tadi petang (semalam) saya pergi bazar Ramadhan di Johor Bahru. Saya membeli popia, ketika itu ada pelanggan lain yang bertanyakan inti popia itu.

“Jawab peniaga, intinya otak-otak. Saya pun terfikir-fikir bagaimanakah inti otak-otak. Harga popia itu tiga biji RM2.

“Selepas berbuka puasa saya makan popia itu, rupa-rupanya inti dalamnya keropok lekor. Habis saya dan pelanggan lain kena tipu,” tulisnya seperti yang dikongsikan di Facebook Siakap Keli.

Diingatkan supaya para pengguna harus sentiasa berwaspada dan tahu membuat pilihan dengan tepat. Ini kerana memang ramai penjual juadah terutamanya di bazar-bazar Ramadhan akan menjual serta menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya tanpa mengambil perhatian terhadap kualiti makanan yang disediakan.

Hal ini seterusnya menarik perhatian netizen lain untuk berkongsi pendapat wajar.

“Ketika bulan puasa memang ramai orang berniaga, yang  tak pernah pegang kuali pun teringin jugak nak berniaga. Jadi kualiti makanan yang dibeli pun faham-fahamlah, kadang-kadang donut pun rupa macam cucur badak, lain kali pakailah otak biarpun anda hanyalah si penjual otak-otak” tulis Lusekmili Bin Lusiddin.

“Tadi di bazar Taman Cempaka, Melaka, beli beriani kambing dah tanya harga RM10 yang lain murah sikit. Sekali balik umah beriani lauk ikan bayar harga kambing. Pertama kali jumpa beriani ikan,” kongsi kisah Hafiz Hassin.

IKLAN

“Tengok pada paten macam satar ikan. Ala yang paten 3 segi yang bakar tu. Tapi dia buat paten bungkus dalam kulit popia,” tulis Haniz Hassan.

“Nama saja bulan Ramadhan tapi semua pakat sembelih putus kepala, baik dari barang basah sampailah yang meniaga di bazar, kualiti makanan tak tara mana pun, lauk semalam pun dijual lagi, ramai peniaga Melayu ambil kesempatan pada bulan puasa ini, harga makanan naik dua kali ganda dari bulan-bulan lain. Bukan nak hina bangsa sendiri tapi itulah kenyataannya. Yang diambil kesempatan bukan bangsa lain tapi bangsa sendiri, apa lah,” luah Shahruddin Selamat.

SUMBER 1 & 2