Ternyata semua mata tertumpu kepada si cantik Park Shin Hye ketika menghadiri majlis jenama barangan kemas mewah Swarovski di Perancis baru-baru ini sempena Festival Filem Cannes berlangsung.
Mengenakan persalinan serba putih suci, dihiasi barangan kemas Swarovski dan disudahi gincu rona merah menjadikan pelakon cantik manis ini cukup bersinar di majlis yang dihoskan oleh Nadja Swarovski.
Bintang utama drama The Heirs ini sudah menjadi duta Swarovski sejak musim panas tahun lalu dan terusan menjadi pilihan Swarovski kerana keperibadiannya. Maka, tidak hairanlah jika banyak pihak ingin bekerjasama dengannya.
Swarovski menjelaskan,
“Kadang-kala Park Shin Hye seperti seorang gadis kebanyakan dan pada masa yang sama kelihatan seperti seorang wanita, dia betul-betul seperti apa yang Swarovski cari dan kecantikan serta peribadinya berpadu dengan baik untuk Swarovski.”
Cantikkan Park Shin Hye ni?