Sebagai jenama produk tenusu berkhasiat terkemuka di peringkat antarabangsa, Fonterra komited membekalkan nutrien terbaik buat para pengguna dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas.
Sehubungan bulan Ramadhan yang akan bermula esok, pasti ramai individu terutamanya kaum ibu berasa tertekan saat berkira-kira dalam penyediaan sajian terbaik yang bisa mengekalkan tenaga biarpun perlu menahan lapar dan dahaga buat seisi keluarga.
Susu sebagai sumber penuh nutrien yang bukan sahaja menguatkan daya ketahanan badan serta menyokong tumbesaran kanak-kanak, ia juga berfungsi menyalurkan tenaga buat tubuh.
Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk melengkapkan diet seharian dengan susu kata Perunding Pakar Diet Fonterra, Puan Nurul Aziah.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling penting di mana semua orang harus mengambil berat tentang pengambilan makanan mereka agar ia tetap memberi faedah kepada tubuh dari segi kelengkapan nutrien serta tenaga yang dibutuhkan tubuh pabila waktu makan itu sendiri adalah terhad.
https://www.instagram.com/p/BUgmTD7jGGo/
Antara tips yang dikongsikan adalah mempelbagaikan hidangan dengan menggunakan susu serta yogurt.
Seperti masakan bersantan, pengguna boleh menggantikan santan dengan susu atau krim masakan bagi menyediakan sajian seperti rendang, kari dan gulai kurma. Ia bukan sahaja akan mengurangkan pengambilan kolesterol bahkan tubuh juga menerima khasiat susu yang diperah segar dari New Zealand.
Untuk pengetahuan semua, setiap satu produk tensu yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi Fonterra telah pun diiktiraf halal oleh badan JAKIM dan badan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) di mana sumber susu itu sendiri dituai dari lembu-lembu sihat yang hanya memakan sumber makanan dari rumput subur. Bukan itu sahaja, proses penghasilan produk di kilang juga diyakini bersih menepati syarat ‘toyib’ yang sering saja dilupakan.
https://www.instagram.com/p/BUNizLvA5iw/?tagged=fonterra
Tidak kisahlah untuk bersahur mahupun berbuka, kedua-duanya perlu dilengkapi nutrien kalsium, potassium, fosforus, protein, vitamin A, D dan B21, riboflavin dan niacin. Kesemua sumber nutrien itu ada terkandung dalam produk ternusu seumpamanya termasuklah susu, butter, keju serta krim.
Untuk pengetahuan semua, antara jenama produk tenusu popular yang bernaung di bawah Fonterra Malaysia adalah Anlene, Fernleaf, CalciYum, Anmum Materna, Essential and Lacta, Anchor, Chesdale dan Anchor Food Professionals.
Jom amalkan pemakanan sihat sepanjang bulan puasa ini dan nikmati sumber diet terbaik dengan pengambilan produk tenusu berkualiti yang bukan sahaja halal dari segi sumber malah dari cara pemprosesannya, hanya dari Fonterra.
Untuk melihat produk penuh Fonterra Malaysia, sila klik [www.fonterra.com/my].