Acara

Jom Bina Bangunan Berinspirasikan Dari Malaysia Dengan Lego! #BuildAmazingMY

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Jom Bina Bangunan Berinspirasikan Dari Malaysia Dengan Lego! #BuildAmazingMY

Cuti sekolah antara yang paling ditunggu oleh anak-anak untuk menghabiskan masa bersama anda. Kali ini anda dan keluarga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik dari Lego di sekitar pusat membeli-belah terkemuka negara. Bermula 25 Mei – 4 Jun 2017 di Pavilion KL, Lego membawakan Cities of Wonder yang juga kempen #BuildAmazingMY memberi inspirasi ibu bapa dan anak-anak mereka untuk membina imaginasi bersama-sama. 

IKLAN

Dimana ia melibatkan mereka untuk menyentuh dan terlibat dalam proses membina bangunan berasaskan Lego. Ini 6 aktiviti yang wajib anda alami dan sertai bersama keluarga:

  1. Mengembara di Cities of Wonder umpama si kecil Lego!
  2. Dapatkan pasport eksklusif Cities of Wonder apabila selesai 4 cabaran membina kreativiti dan imaginasi
  3. Pelbagai cenderahati menarik dan rekaan edisi terhad Lego Malaysian Cultural Mini Builds iaitu Bunga Raya, Kampung, Wau dan Ketupat untuk direbut.
  4. Setiap pembelian RM300 produk Lego, Lego edisi terhad Malaysian Cultural Mini Builds bakal menjadi milik anda. Ia hanya terdapat di Toys ‘R’ Us dan kedai mainan terpilih. 
  5. Ruang bermain #BuildAmazingMY
  6. Melihat pelbagai bangunan terbesar binaan Lego seperti KLCC dan KL Tower. 
Foto – Facebook Lego Malaysia

Hanya pada 27 Mei ini kepada 150 pembeli terawal Lego boleh menebus Mini Builds bernilai RM200 produk Lego dan keatas dengan menyertai cabaran Make & Take. Sertai cabaran di:

Sabtu, 27 Mei – Bunga Raya

Masa/Tempat – 12 tengahari, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL (turut diadakan di outlet Toys ‘R’ Us Mid Valley Megamall, Pavilion KL, 1 Utama, KLCC, 101 City Mall dan Empire Subang)

Sabtu, 03 Jun – Kampung

Masa/Tempat – 10 pagi, Toys ‘R’ Us Mid Valley Megamall (turut diadakan di Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL; outlet Toys ‘R’ Us  1 Utama, KLCC, 101 City Mall dan Empire Subang)

Sabtu, 10 Jun – Wau

Masa/Tempat – 10 pagi, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL (turut diadakan di kedai Lego terpilih Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall dan Empire Subang)

IKLAN
Lego edisi terhad, Bunga Raya, Kampung, Ketupat dan Wau. Foto – Facebook Lego Malaysia

Maklumat lanjut mengenai kempen #BuildAmazingMY layari laman rasmi Facebook Lego Malaysia atau buat sahaja carian #BuildAmazingMY #LEGOMY