vivofit® jr., jam tangan kecergasan bergaya, selesa dan tahan lama yang dicipta khusus untuk kanak-kanak.
“Kami teruja untuk mengumumkan wearable untuk kanak-kanak pertama kami – vivofit® jr. Ianya telah direka bentuk dengan kanak-kanak dan ibu bapa dalam fikiran; dari tali tahan lama dan selesanya, ke aplikasi menarik yang mendorong kanak-kanak untuk bergerak, sambil melibatkan ibu bapa,” jelas Ong Chang Seng, Pengarah Urusan AECO Tecnologies, pengedar rasmi produk Garmin di Malaysia.
Dilengkapi dengan beberapa ciri dari vivosmart, seperti trekking langkah dan tidur, kemuncak vivofit® jr. adalah ianya datang dengan aplikasi mudah alih percuma untuk ibu bapa.
Aplikasi inovatif ini membantu mendorong kanak-kanak dengan pengembaraan yang menyeronokkan, cabaran langkah keluarga dan tugasan berasaskan ganjaran. Untuk ibu bapa, ia mempunyai alat-alat yang berguna untuk mendorong kanak-kanak, di mana mereka boleh menetapkan tanggungjawab dan ganjaran untuk tugas-tugas yang diselesaikan oleh kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, bateri yang bertahan lebih dari satu tahun dan ciri kalis air vivofit® jr., reka bentuk yang bergaya dan penuh warna bermakna kanak-kanak jarang perlu tanggalkan jam tangan mereka. Lagi satu ianya boleh diperibadikan dengan memasukkan nama anak.
vivofit® jr. yang dijual pada harga RM399.00 direka cipta untuk kanak-kanak berumur empat hingga sembilan tahun, boleh didapati dalam corak tali Broken Lava, Digi Camo dan Real Flower.
Untuk info lanjut, anda boleh ke laman web rasmi www.garmin.com.my.