Fesyen, Ramadhan & Aidilfitri

Moden & Eksentrik, Anuar Faizal Memukau Dengan Warna Meriah Lebaran Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Moden & Eksentrik, Anuar Faizal Memukau Dengan Warna Meriah Lebaran Ini

Pereka Fesyen Anuar Faizal yang pernah dilanda kontroversi beberapa ketika dahulu kerana berani tampil dengan rekaan Baju Melayu bersifat eksentrik yang lari dari ciri rekaan Baju Melayu asli kini bangkit dengan beberapa ilham baru lebih segar bersempena Lebaran 2017.

Istimewa untuk lelaki berjiwa moden dan meminati fesyen unik, koleksi lebaran 2017 AF by Anuar Faizal mengetengahkan konsep ringkas bersahaja namun masih lagi mampu memberikan aura keterujaan buat si pemakai serta sesiapa yang melihatnya.

Terdapat dalam tiga rekaan termasuklah Baju Melayu bersampin, padanan Kurta bersama seluar serta Jubah. 

Palet warna yang dimanfaatkan pula adalah berasaskan warna-warna menonjol dan garang termasuklah jingga terang, merah hati, champagne, ungu dan hitam.

Masing-masing mempunyai karakter tersendiri dan ringkas tanpa perlu melebih-lebih untuk digayakan secara kasual mahupun formal.

Untuk meraikan kewibawaan pereka yang bijak bermain dengan kelainan ekstrem ini, label fesyennya Anuar Faizal berkolaborasi bersama pihak Galeri Seni Universiti Malaya untuk menjayakan satu pameran khas yang melibatkan pereka fesyen pertama tempatan untuk mempamerkan karya seni agung serta berkongsi perjalanan mencabar bagi meraih nama dan tempat dalam industri pembuatan pakaian.

BACA  Walau Dah Tua, Celine Dion Bukti Dia Paling Gah Di Minggu Fesyen Paris

Pameran Anuar Faizal dianjurkan selama sebulan bermula semalam dan masuk adalah percuma untuk semua peringkat umur.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *