Makanan, Ramadan & Aidilfitri

Quaker Oat Pilihan Terbaik Untuk Menu Sahur Ramadan Ini

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Quaker Oat Pilihan Terbaik Untuk Menu Sahur Ramadan Ini

Jenama Oat Nombor 1 Dunia terusan komited membekalkan nutrisi kepada seisi keluarga dengan kebaikan oat sejak 1877. Janji yang tidak berbelah bahagi selama 140 tahun untuk menghidangkan oat dengan cara hidangan yang lazat kepada khalayak ramai telah menobatkan jenama ini sebagai pakar utama dan peneraju oat yang tidak boleh dipertikaikan.

Foto – Facebook Quaker Malaysia

Sempena ulangtahun sedunia ke-140 bagi jenama ini, dua produk – Quaker Instant Oatmeal dan Quaker Quick Cook Oatmeal – telah dilabel dengan logo ‘Pilihan Lebih Sihat’ yang dianugerahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pengguna mengenalpasti barangan pemakanan yang menepati piawaian nutrisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Quaker Oat menawarkan kebaikan bijiran penuh, berserat tinggi, sumber zat protin dan zat besi, serta mengandungi beta glukan yang membantu mengurangkan kolesterol.

Dengan bulan Ramadan bakal menjelma, jenama ini melipat-gandakan usaha mengajar dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengamalkan diet yang sihat dengan bantuan selebriti Aishah Sinclair dan pakar kecergasan Kevin Zahri, yang berkongsi resipi enak dan mudah seperti lempeng Quaker Oat dengan ayam dan jagung, tip-tip berguna untuk berpuasa dengan sihat dan banyak lagi!

Produk Quaker boleh didapati dalam pelbagai variasi, dari Quaker Instant Oatmeal, Quick Cook Oatmeal dan Multigrain Cereal, kepada Quaker 3in1, Flavoured Instant Oatmeal, Oats Cookies, Chewy Bars dan bijirin sarapan pagi, ia menepati kehendak semua orang dan senang dimasukkan ke dalam diet harian. Bagi mereka yang amat menyukai nasi, terdapat juga Quaker Oats for Rice sebagai pengganti yang mudah dan bernutrisi.

Peminat Quaker Oats boleh mendapat lebih maklumat dan promosi, acara dan resipi terbaharu di www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.

BACA  Antara Yang Menarik & Fakta Mengejutkan Tentang Kimchi
Leave a Reply
Your email address will not be published. *