Pejam celik pejam celik, Sabtu ini semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Dan sudah semestinya setiap isi rumah mula memikirkan juadah berbuka yang mudah dimasak apatah lagi untuk yang sibuk bekerja seharian, tidak mempunyai masa untuk memasak.
“Sejajar dengan itu, Philips Malaysia mahu membantu mengekalkan tradisi tradisional menerusi inovasi moden dengan pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker yang dapat membantu anda memasak hidangan buka puasa dan Raya kegemaran dengan cara lebih senang, jadi anda ada lebih banyak masa untuk bersama mereka yang tersayang,” jelas Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia.
Philips All-In-One Pressure Cooker
- Philips All-In-One Pressure Cooker menawarkan pengalaman memasak boleh laras sepenuhnya yang membolehkan anda memasak perlahan atau menggunakan tekanan, dalam satu alat saja.
- Anda boleh memasak cepat (sauté), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan anda, semuanya dalam satu mesin.
- Philips All-In-One Pressure Cooker membolehkan anda memasak lapan kali lebih cepat menjimatkan masa dan tenaga di dapur.
- Fungsi masak dengan tekanan hadir dengan pelbagai butang menu untuk memasak dan mengukus pelbagai jenis hidangan daripada sup, risotto dan nasi kepada daging dan ayam itik selain membakar kek.
- Bahagian dalam Philips All-In-One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium – sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh dan hasil masakan yang rata.
- Philips All-In-One Pressure Cooker disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat.
Dijual dengan harga runcit disyorkan RM799, Philips All-In-One Pressure Cooker ini boleh dibeli di semua outlet Philips Brand Store terpilih dan talian menerusi Blip.my dan Kedai Rasmi Philips di Lazada Malaysia.
Untuk info lanjut, anda boleh ke laman web rasmi www.philips.com.my.