Girl group seksi dari Korea Selatan, Sistar telah mengesahkan bahawa mereka akan bubar selepas mengeluarkan album terakhir pada akhir bulan Mei ini.
Agensi Sistar, Starship Entertainment menjelaskan;
“Selepas Sistar mengeluarkan album terakhir mereka pada akhir bulan Mei ini, aktiviti berkumpulan mereka akan berakhir. Kami sedang dalam perbincangan dengan kesemua ahli berkenaan kontrak masing-masing.”
Menurut sumber dalam industri, Hyorin dan Soyou mungkin akan meneruskan karier nyanyian sebagai solo manakala Bora dan Dasom akan fokus kepada bidang lakonan.
Sistar memulakan kerjaya pada bulan Jun 2010 dan ini merupakan tahun ketujuh mereka sebagai satu kumpulan.
Sedihnya, satu lagi girl group berbakat bubar. Tapi apapun Wanista ucapkan semoga berjaya dalam bidang yang dipilih masing-masing.