Hiburan

Panasonic Persembah Drama Melayu ‘Ketupat Rendang Brownies Coklat’ Sempena Ramadan Ini!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Panasonic Persembah Drama Melayu ‘Ketupat Rendang Brownies Coklat’ Sempena Ramadan Ini!

Panasonic mempersembahkan ‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’, sebuah drama menyentuh hati yang menghubungkan emosi kelompok penonton sasaran dan juga merupakan rancangan yang amat sesuai bagi merapatkan hubungan seisi keluarga.

IKLAN

Drama bersiri ini dibintangi oleh Rita Rudaini dan Rashidi Ishak, berserta pelakon veteran seperti Khatijah Tan dan Meor Hashim Manaf. Drama bersiri ini menampilkan pelbagai integrasi produk yang menggambarkan Panasonic sebagai sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, Panasonic turut melantik Rita Rudaini dan Khatijah Tan sebagai duta rasmi promosi ‘Sehati Beraya’ yang berlangsung dari 16 Mei – 30 Jun 2017. Melalui tawaran ini, pelanggan boleh membuat sambutan Hari Raya mereka lebih bermakna dengan promosi bundle Panasonic ‘Kombo Sehati’, Pembelian-dengan-Pembelian dan hadiah percuma untuk pembelian produk-produk terpilih Panasonic. Ketahui lebih lanjut tentang promosi ‘Sehati Beraya’ dengan:

  • Melayari laman web Panasonic di panasonic.com.my
  • Memanggil Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-7953 7600
  • Kunjungi mana-mana Pengedar Sah Panasonic
Foto – Arkib Wanista

Sinopsis -‘Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat’

Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja. Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid. 

Ketupat Rendang Brownies Coklat akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap Khamis jam 6.00pm dari 25 Mei – 15 Jun 2017. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan dari 3-6 Julai 2017, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35pm.