Acara, Kesihatan

Kempen Tahunan Kesihatan Kaki MyORTHO Ajak Semua Jaga Kesihatan Menerusi Kaki

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kempen Tahunan Kesihatan Kaki MyORTHO Ajak Semua Jaga Kesihatan Menerusi Kaki

Jenama pakar penjagaan kaki terkemuka tempatan MyOrtho Rehad Sdn Bhd kini kembali dengan kempen tahuanan anjurannya “Feet For Life” untuk menggalakkan masayarakat menjadi peka tentang kesihatan mereka menerusi penjagaan kaki. Ini selari dengan bilangan pesakit kaki yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

IKLAN

Kempen yang berlangsung selama tiga hari di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall telah menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah khidmat pemeriksaan kaki percuma kepada orang ramai.

Foto -Arkib Wanista

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyOrtho, Dato’ Dr Edmund Lee yang memiliki kelulusan dalam bidang ortotik dan kedoktoran perubatan, isu kesihatan dalaman kaki ini bisa meyerang individu seawal usia enam tahun hingga mereka yang menjangkau 60 tahun.

“Kaki anda adalah asas yang menyokong stuktur tubuh dan jika kaki tidak sihat, ia mungkin dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan. Untuk itu, semua orang digalakan untuk menjalani pemeriksaan kaki sekurang-kurang sekali setiap tahun untuk mengelak masalah kesihatan jadi lebih teruk. Tahukah anda bahawa pemeriksaan kaki tahunan dapat memelihara tubuh daripada menghidap penyakit yang tidak diingini sebayak 80 peratus?

Foto -Arkib Wanista

Selain bisa menawarkan perkhidmatan perubatan dan nasihat berkenaan kesihatan kaki, MyOrtho turut mempunyai rangkaian kasut serta pelapik tumit (insole) yang direka khas mengikut kesesuaian bentuk kaki inidividu. Katakan tidak pada sakit tumit kaki, keletihan kaki melampau dan banyak lagi!

Foto -Arkib Wanista

Individu berusia sebagai contiih sering menhidap kesakitan pada bahagian tumit kaki mungkin kerana kehilangan keanjalan pada otot-otot kaki namun bagi kaum wanita pula, kesalahan pemilihan kasut sedikit-sebanyak dapat menjadi punca kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti sakit belakang, diabetes, osteoporosis, penyakit-penyakit kardiovaskular, sakit lutut, sakit pinggul dan pelbagai penyakit kaki yang lain.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [myortho.com.my]

IKLAN
Leave a Reply
Your email address will not be published. *