Kesihatan, Review

Semburan Ajaib Untuk Individu Yang Susah Tidur? Jom Test…

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Semburan Ajaib Untuk Individu Yang Susah Tidur? Jom Test…

Kalau hendak kulit cantik, seseorang wanita itu haruslah menjaga rapi waktu tidurnya. Ini kerana tidur yang cukup bukan sahaja akan bantu badan berfungsi dengan efesyen bahkan akan bisa menyalurkan nutrisi terbaik buat kulit agar sentiasa bermaya dan tidak kusam.

Masyarakat hari ini semakin parah apabila kadang-kala perlu kerja lebih masa demi menampung kos saraan hidup yang kian meningkat, dalam pada tidak sedar, anda sebenarnya telah membebankan kesihatan tubuh termasuklah waktu rehat yang singkat membuatkan badan jadi letih, kulit juga semakin terjejas.

Bagi membantu anda dapat tidur yang lena, jenama rangkaian penjagaan kulit klinikal This Works ada mencipta alat bantuan tidur yang berbentuk aromaterapi bagi menenangkan jiwa seterusnya membuai minda agar lekas lena.

Kit Can’t Sleep dari This Works ini dirumus khas mengandungi pelbagai ramuan organik termasuklah minyak daun Patchouli, minyak bunga Lavender serta minyak bunga Kamomil untuk gabungan serasi yang bisa membuatkan individu yang menghidunya cepat tidur.

Amat sesuai digunakan buat mereka yang sering tertekan mahupun yang menghadapi masalah sukar tidur (insomnia), aksi duo dari Deep Sleep Pillow Spray serta Deep Sleep Stress Less diyakini berkesan!

Menurut kajian yang dilakukan ke atas beberapa individu yang mempunyai masalah tidur, 99% berkata bahawa waktu tidur mereka lebih teratur dan melihat perubahan yang positif ke atas masalah mereka itu setelah mendapat bantuan dari Deep Sleep Pillow Spray inovasi This Works.

Hasil Kajian Menyeluruh Dari Penggunaan Deep Sleep Pillow Spray

  • 99% kata tidur mereka lebih teratur dari sebelumnya
  • 89% kata mereka lena lebih cepat
  • 98% kata mereka terasa segar sebaik bangun dari tidur
  • 100% kata mereka akan syorkan Deep Sleep Pillow Spray ini kepada rakan-rakan yang turut bermasalah sama

Pendapat Peribadi Penulis Tentang Deep Sleep Pillow SprayDeep Sleep Stress Less

1. Alat bantuan tidur ini mudah digunakan, hanya perlu sembur atau sapu di sekitar kawasan nadi pada tubuh.

2. Aroma yang hadir dari campuran minyak pati bunga-bungaan dan herbanya juga adalah segar -tidak keterlaluan sehingga menusuk hidung seperti minyak-minyak pati asli lain.

3. Penggunaan terasa lebih efektif kerana ia bukan sahaja boleh disapu pada bahagian tubuh bahkan boleh disembur menyeluruh ke atas fabrik seperti sarung bantal dan mana-mana bahagian katil untuk menggalakan lebih ketenangan minda serta jiwa.

4. Tiada kesan sampingan pada tubuh kerana Deep Sleep Pillow Spray serta Deep Sleep Stress Less hanya untuk kegunaan luar. (bukan seperti pil tidur yang harus ditelan)

Kit percubaan Cant Sleep dari This Works hadir dalam saiz kecil mudah dibawa Deep Sleep Pillow Spray (5ml) serta Deep Sleep Stress Less -Roll On (5ml) pada harga RM51.00 di semua cawangan Sephora seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [https://www.sephora.my/brands/this-works]

Komen Anda