Lazada Malaysia bakal muncul dengan Lazada TV!
Sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba, Lazada Malaysia memperkenalkan saluran perdagangan sosialnya yang tersendiri, Lazada TV yang bakal dilancarkan pada 19 Mei 2017. Lazada TV sebenarnya merupakan sebahagian daripada inisiatif Lazada untuk menggabungkan beli-belah dalam talian dengan kandungan sosial masa nyata, sekaligus memberikan pengguna satu pengalaman membeli-belah yang mengujakan di platform tersebut. Lazada TV akan menyajikan satu siri video masa nyata yang merangkumi pelbagai tip persolekan, resipi Raya dan ulasan teknologi, menerusi kerjasama dengan jenama-jenama terulung seperti Bosch, L’Oréal, Softlan, Tefal dan Unilever.
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami dapat menyaksikan satu trend baru di mana rakyat Malaysia cenderung menggunakan media sosial untuk mencari pelbagai produk dan jenama. Pelancaran Lazada TV akan merapatkan jurang antara pelbagai jenama, Lazada, serta pembeli-belah dalam talian kerana kami membekalkan pelanggan dengan kandungan sosial berdasarkan keperluan mereka serta dorongan yang tinggi untuk membeli sesuatu produk, sekaligus menggabungkan beli-belah dengan hiburan secara sempurna. Pengenalan platform sosial ini akan menjana anjakan paradigma dalam industri ini. Berbekalkan kempen Ramadhan kami yang bakal berlangsung, kami berazam untuk terus berubah bagi mewujudkan pengalaman pelbagai saluran untuk para pengguna semasa membeli-belah di Lazada.”
Lazada TV dilancarkan serentak dengan kempen Hari Raya Lazada bertema Riang Ria Raya yang bakal berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun 2017. Para pengguna boleh membeli-belah barangan daripada pelbagai jenama kegemaran mereka seperti Tefal, Bosch, L’Oréal, Unilever, Tesco, Philips, dan Watsons, di samping menikmati diskaun sehingga 90%.
Semasa kempen tersebut, Lazada juga akan memaparkan promosi daripada pelbagai jenama rakan niaganya – pelanggan akan berpeluang memenangi sebuah Perodua Axia daripada JBL yang bernilai RM 25,000, serta pelbagai baucer daripada Nestlé, Senheng dan Kelloggs.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran hebat ini, sila layari laman sesawang http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/