Berita & Isu Semasa

Kubur Mohamad Thaqif Digali Semula

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista,Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay.Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kubur Mohamad Thaqif Digali Semula

Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari semalam.

Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan yang terletak di Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor kira-kira jam dua petang semalam.

BACA: Berakhir Sudah Penderitaan Adik Thaqif

Jelas Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, “Memang benar kubur Thaqif digali semula petang tadi dengan disaksikan beberapa ahli keluarga bagi membolehkan sampel kaki Allahyarham diambil untuk tujuan siasatan lanjut.

“Selain pihak hospital, polis dan pihak mahkamah turut berada di lokasi ketika proses menggali kubur arwah dilakukan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan proses berkenaan yang dilakukan jam 3 petang tadi.

“Proses ini dibenarkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 335, Kanun Acara Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut kes berkenaan,” katanya.

Mohamad Thaqif dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.

Tangan kanannya yang turut dipercayai dijangkiti kuman sepatutnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April tetapi ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil sebelum mangsa disahkan meninggal dunia jam 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

SUMBER

Komen Anda