Kesihatan

1001 Khasiat Acai Beri Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
1001 Khasiat Acai Beri Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu

Buah unik dari hutan Amazon ini dipercayai satu daripada makanan paling berkhasiat di dunia.

Ianya kaya dengan antosianin, acai beri dianggap sebagai wira dalam kalangan buah beri kerana ia mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi.

Baik untuk jantung – Buah acai beri mengandungi antosianin, yang terkenal dengan ciri-ciri antioksidan yang kaya. Ini membantu dalam mengimbangi tahap kolesterol, meningkatkan peredaran darah dan merehatkan saluran darah. Ia juga membantu dalam mencegah sebarang masalah berkaitan jantung.

Penghadaman – Acai beri kaya dengan kandungan serat, ianya membantu dalam detoksifikasi badan yang berbahaya dan toksik serta menjaga sistem pencernaan dengan bersih. Anda hanya perlu mengambil segelas jus acai beri sekali sehari, ianya membantu dalam menjaga sistem penghadaman yang sihat.

Mengurangkan kerengsaan – Apabila anda mempunyai kerengsaan dalam paru-paru atau saluran pernafasan, acai beri membantu dalam menyediakan kesan yang menenangkan dan mengurangkan bengkak juga. Ini adalah kerana sifat-sifat antioksidan acai beri.

Meningkatkan sistem imun – Acai beri juga kaya dengan vitamin c, antioksidan dan fitokimia yang membantu dalam memusnahkan virus dan bakteria dalam meningkatkan sistem imun.

Pengaliran darah – Acai beri mengandungi lemak yang baik yang membantu dalam meningkatkan peredaran darah dan juga mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik.

Baik untuk pesakit kencing manis – Buah acai beri adalah rendah adalah rendah dalam tahap lipid serta indeks glisemik. Bagi mereka yang kencing manis, buah acai beri membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah.

Membantu melawan kanser – Buah acai beri mengandungi antosianin, salah satu antioksidan penting yang membantu dalam mencegah pertumbuhan sel-sel kanser dan melawan kanser dengan berkesan. Memakan buah acai beri dalam bentuk buah-buahan atau jus secara tetap boleh membantu.

Meningkatkan memori – Acai beri kaya dengan asid lemak omega-3, lemak baik yang membantu dalam meningkatkan tumpuan dan memori untuk semua kumpulan umur.

Rujukan : 123

Komen Anda