Kecantikan, Tips

[Video] Berkesan! Tips Tarik Blackheads & Whiteheads Dengan ‘Pore Strip’

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Video] Berkesan! Tips Tarik Blackheads & Whiteheads Dengan ‘Pore Strip’

Sukar sebenarnya untuk melarikan diri dari bintik hitam dan putih yang menyumbat liang pori wajah sehingga bisa menjejaskan penampilan.

Percaya atau tidak, persekitaran sekeliling yang berdebu ditambah pula dengan peluh, minyak kulit serta alat solek yang disapu ke wajah…menyesakkan lagi liang pori dan dari situlah punca sebenar kemunculan bintik hitam dan putih atau lebih dikenali sebagai blackhead serta whitehead. 

Contoh pori hidung yang tersumbat dengan bintik hitam dan putih. Sumber: Pinterest

Bintik putih akan bertukar warna menjadi kehitaman setelah kotoran itu tersekat lama dalam pori wajah seterusnya membuatkan kulit terasa bergerutu, kasar malah jika dilihat dari jarak dekat, ternyata ianya menjijikan.

Untuk itu, ramai yang berlumba-lumba mencari petua serta jalan penyelesaian untuk menghapuskan whitehead dan blackhead secara efektif terutama sekali di bahagian hidung. Namun, adakah penggunaan pore strip sememangnya berkesan?

Apa Itu Pore Strip?

Sumber: Pinterest

Pore strip adalah sejenis pita berpelekat untuk hidung (dicipta atas tujuan bagi menarik keluar kotoran tersumbat seperti whitehead dan blackhead). Namun, ia cuma akan melekat pada kulit setelah bahagian kulit itu dibasahkan dengan air.

Pengalaman Penulis 

Menurut pengalaman peribadi penulis, penggunaan pore strip memang berkesan cuma, ia masih tidak mampu menarik keluar semua kotoran yang tersumbat di dalam pori secara menyeluruh. Hanya sedikit bintik hitam dan putih dapat dikeluarkan. 

Jenama Pore Strip Terbaik

Sumber: affordorable.com

Ramai orang kata pore strip jenama Biore adalah yang terbaik untuk menarik keluar kotoran dengan efektif tetapi melalui pengalaman penulis, jika hendak dibandingkan keberkesanannya, Guardian Pore Strip ini lebih tangkas menarik keluar kotoran secara menyeluruh! Mungkin pelekatnya lebih kuat dan saiznya tepat melekat di setiap penjuru hidung. Satu paket mengandungi 10 keping pore strip yang boleh digunakan dua hingga tiag bulan lamanya. 

Tonton Tutorial Cara Berkesan Guna Pore Strip Untuk Tarik Keluar Blackheads & Whiteheads

Perlu ada pore strip dan soda bikarbonat je… Memang lega betul perasaan bila dapat keluarkan semua kotoran yang tersumbat pada pori di hidung guna cara ni! Clear habis!

Selamat mencuba ❤️

Komen Anda