Kesihatan, Tips

Ini 5 Tips Cegah Gatal Sekitar ‘Miss V’ Akibat Keputihan

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Ini 5 Tips Cegah Gatal Sekitar ‘Miss V’ Akibat Keputihan

Keputihan merupakan masalah yang sering dialami oleh para wanita dan ianya sangat mengganggu. Keputihan akan membuatkan wanita merasa tidak selesa dengan keadaan Miss V mereka. Selain itu, keputihan boleh membuatkan wanita tertekan dan beranggapan Miss V mereka bermsalah.

Satu masalah terbesar dan paling sering dialami saat keputihan adalah Miss V yang terasa gatal. Ini semakin parah apabila kita banyak gerak seperti bekerja di luar bilik, bersukan dan sebagainya.

#Menjaga kebersihan pakaian dalam – Kebersihan merupakan perkara yang sangat penting dalam setiap aspek kehidupan manusia. Tips pertama untuk mencegah keputihan adalah dengan menjaga pakaian dalam agar tetap bersih dan juga selesa. Pilihlah pakaian dalam dengan bahan yang nyaman, sejuk dan menyerap peluh. Kalau boleh elakkan penggunaan pantyliner untuk membuatkan Miss V lebih ‘bernafas’.

#Bersihkan Miss V – Selain menjaga kebersihan seluar dalam, satu lagi perkara penting adalah Miss V anda haruslah sentiasa bersih. Anda harus menjaganya dengan membersihkan bulu pubik atau cecair antiseptik khusus kewanitaan mahupun dengan air daun sirih. Rawatan ini tidak perlu dilakukan setiap hari, namun ada baiknya melakukan rawatan sebagai rutin agar jauh dari keputihan.

#Kurangkan penggunaan bedak – Beberapa wanita mungkin mempunyai ritual menggunakan bedak di bahagian sulit atau bahagian lipatan peha untuk mengurangkan geseran kulit. Well, ada baiknya anda meminimakan penggunaan bedak. Penggunaan bedak boleh mempengaruhi keadaan Miss V dan mencetuskan keputihan. Ada baiknya untuk memilih bahan pakaian yang lebih selesa untuk bahagian bawah tubuh.

#Kurangkan makanan manis – Selain menjaga dari luar, anda juga boleh melakukan tindakan menjaganya dari dalam. Cara terbaik adalah dengan menjaga pola pemakanan kerana apa yang anda makan akan dicerminkan melalui tubuh. Kurangkan pengambilan makanan manis kerana ianya boleh meningkatkan risiko gatal pada bahagian Miss V. Makanan semula jadi dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran lebih baik untuk menjaga Miss V tidak mengalami keputihan.

#Jauhi tekanan – Selain faktor di atas, tekanan atau fikiran yang tertekan ternyata juga boleh menyebabkan keputihan. Tekanan akan menyebabkan badan mengalami gangguan secara hormon. Setiasa tenang dan jangan terbeban!

Jom bersih dan sihat sama-sama!

[SUMBER]

Komen Anda