Laneige kini memperkenalkan koleksi pembayang mata dengan 4 tekstur pilihan matte, satin, pudding dan glitter. Ia juga dihasilkan daripada teknologi terkini bersama bahan-bahan eksklusif untuk memberikan warna pembayang mata lebih tahan lama berbanding yang biasa. Walaupun dengan sapuan yang lembut, ia akan meninggalkan warna yang terang dan tanpa kesan comot.
Terdapat 10 palet dengan 4 pilihan warna setiap dari satunya untuk dijadikan koleksi dan kesesuaian untuk solekan samada solekan harian atau glamour. Setiap elemen warna pembayang mata akan menambah lagi kreativiti anda untuk mencipta solekan yang pelbagai.
Setiap palet pembayang mata mempunyai berus untuk teknik blending dan sapuan biasa. Juga dilengkapi dengan cermin supaya ia boleh dibawa kemana-mana dan memudahkan untuk setiap aplikasi pembayang mata.
Dapatkan kesemua pembayang mata Laneige di kaunter kecantikan Laneige seluruh negara.