Hiburan

Peminat Namakan Hutan Simpan ‘G-Dragon’ Di Pulau Jeju

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Peminat Namakan Hutan Simpan ‘G-Dragon’ Di Pulau Jeju

Untuk pengetahuan anda, sebuah hutan simpan di Pulau Jeju, Korea Selatan dinamakan bersempena nama ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon.

Dilaporkan, G-Dragon adalah selebriti pertama yang dipilih untuk tujuan itu malah sebuah majlis pelancaran turut diadakan pada 14 Mei lalu.

Foto – Allkpop

Sebanyak 50 pokok citrus juga turut ditanam di sebuah muzium di hutan berkenaan yang terletak di Seogwipo. Projek itu diusahakan oleh kelab peminatnya, Always-GD dengan kerjasama sebuah organisasi iaitu Tree Planet.

Ia dilakukan bersempena dengan sambutan hari lahir ke-29 penyanyi itu pada Ogos tahun lalu.

“Kami berbesar hati dapat membuka hutan ini kepada pengunjung dan berharap ia dapat menjadi lokasi pelancongan,” kata wakil Tree Planet.

Foto – Allkpop

Untungnya jadi G-Dragon!

SUMBER

 

Komen Anda