Berita & Isu Semasa, Hiburan

[Video] Terkejut Bila Pelawak Mat Over Bertindak Tampar David Teo Depan PM Najib

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Video] Terkejut Bila Pelawak Mat Over Bertindak Tampar David Teo Depan PM Najib

Kecoh apabila insiden yang berlaku di antara David Teo dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mat Over mendapat perhatian lensa kemera ketika berlangsungnya Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.

Pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo ditampar oleh pelawak itu dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber: Astro Awani

Kejadian berlaku ketika beliau cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, malam semalam.

David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor namun tidak diendahkan. Ketika itulah kelibat Mat Over kelihatan dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menamparnya.

Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri.

Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan penerbit filem itu mula berpantun.

Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo.

Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung.

Sumber: Astro Awani

Kira-kira 400 pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan. Sementara itu, Teo ketika ditemui mendakwa tidak mengenali Mat Over. Namun, dia memaafkan tindakan pelawak itu kerana menganggap Mat Over tidak sengaja mencederakannya.

“Ini bukan gimik antara saya dan Rosyam. Saya menegur Rosyam kerana tidak memberi peluang kepada tetamu di belakang untuk bertanya.

“Itu pertanyaan pada Rosyam, tiada niat kurang ajar. Saya tidak niat mempertikaikan cara Rosyam mengendalikan dialog berkenaan.

“Mat Over datang meluru dan menumbuk dahi saya sehingga cermin mata tertanggal dan saya terjatuh ke atas Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob,” tambah David Teo.

Tonton Video Insiden Perbalahan Antara David Teo & Sulaiman Yassin

Menurut Sulaiman pula, “Saya tidak menyesali tindakan ini kerana bagi saya kerana Teo tidak menghormati kedudukan Rosyam bersama Perdana Menteri. Kita seharusnya sebagai rakyat Malaysia harus bersifat saling menghormati dan beradab,” katanya.

Mengulas lanjut, “Apa yang berlaku harus memberi pengajaran kepada Teo supaya tidak mengulangi keterlanjuran itu”.

Sumber: BH Online

Bagaimanapun, akhirnya kedua-dua penggiat seni itu saling berdamai dengan bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi ‘Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni’, Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana sejurus selepas beberapa ketika ditenangkan kedua-duanya.

SUMBER 1, 2 & 3

Komen Anda