Info Menarik, Tips

Kekal Harum! 8 Tips Untuk Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Kekal Harum! 8 Tips Untuk Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Penampilan dari pakaian dan solekan antara menjadi subjek utama untuk mata memandang. Silap! Haruman dari minyak wangi sebenarnya yang lebih membuat orang untuk menoleh ke arah anda. Percaya atau tidak, haruman minyak wangi juga dapat menonjolkan personaliti diri anda. Jadi jangan main-main ya dengan haruman minyak wangi ia punya kuasa dalam menentukan siapa anda. Pastikan anda pilih wangian yang benar-benar menjadi kesukaan anda. 

Foto – Marie Claire

Namun untuk mengekalkan haruman minyak sudah lama menjadi isu bukan? Tak kisahlah, minyak wangi murah atau mahal pasti dalam 6 hingga 8 jam baunya terus hilang. Nak tahu cara untuk haruman minyak wangi terus melekap pada tubuh anda, ikuti video tutorial mudah ini….

Siapa sangka memberus rambut yang telah disembur dengan minyak wangi pun boleh! Paling penting tinggalkan tabiat anda yang suka menyapu dua belah pergelangan tangan, rupanya ia boleh merosakkan molukel bau minyak wangi.

Selamat beramal dan kekal harum…

Komen Anda