Berita & Isu Semasa

Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Dunia Ada Lebih 100 Juta Pengikut Instagram

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Cristiano Ronaldo Atlet Pertama Dunia Ada Lebih 100 Juta Pengikut Instagram

Selepas Selena Gomez, Taylor Swift, Ariana Grande dan Beyonce, kini Cristiano Ronaldo menjadi individu kelima mempunyai bilangan pengikut teramai di Instagram.

⚽️

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Pemain berasal dari Portugal itu disahkan miliki lebih 100 juta pengikut melalui akaun rasmi beliau iaitu cristiano yang kini mengandungi sejumlah 1,786 posting.

Bahkan Ronaldo muncul sebagai atlet pertama di dunia yang berjaya memecahkan rekod sebagai paling ramai pengikut menerusi laman sosial Instagram.

Populariti Ronaldo di alam maya memang tidak dapat dinafikan sesiapa pun malahan foto-foto memaparkan aksi dirinya di atas lapangan selain kehidupan peribadi sentiasa mendapat liputan luas ramai netizen seluruh dunia.

Perfect couple ❤️❤️

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Antara posting paling popular ialah foto beliau duduk santai di kereta mewah Bugatti pada 21 Februari lalu yang mencapai angka tanda suka luar biasa apabila digemari lebih 3.9 juta peminatnya.

SUMBER

Komen Anda