Band popular Indonesia, Nidji baru sahaja melancarkan Album mereka yang kelima beberapa minggu sudah. Pelancaran album itu di Malaysia telah berlangsung di The Bee, Publika yang disertai kesemua enam ahli kumpulan Nidji termasuklah Giring (Vokalis), Andi Ariel (Gitar), Ramadhista Akbar (Gitar), Randy Danistha (Keyboard), Andro Regantoro (Bass) dan Adri Prakarsa (Drum).
Album yang berjudul Love, Fake & Friendship ini menyifatkan tiga kata keramat yang merupakan simbolik kepada satu fasa, pastinya pernah dialami oleh semua generasi.
Jelas Giring lanjut mengenai album ini, “Ada kalanya manusia saling mencintai satu sama lain, ada kalanya manusia bersikap palsu agar seolah terlihat baik-baik saja. Dan persahabatanlah yang akan menjadi kunci untuk menjaga hubungan harmoni antara sesama manusia. Tetapi ini bukan ditujukan hanya kepada generasi masa kini, but this also fit for us who feels young. Maka Nidji mempersembahkan album kelima ini.”
Ternyata, tempoh lima tahun yang diambil untuk menyiapkan projek penerbitan album ini adalah berbaloi apabila ia dimuatkan dengan seleksi lagu menarik biarpun masing-masing sibuk dengan banyak tanggungjawab lain.
Dari segi genre muzik, Nidji mengambil inisatif untuk menampilkan elemen yang dekat dihatinya iaitu pop yang diselitkan dengan alunan elektro.
Apa yang menarik, Nidji juga memilih untuk merakamkan semula hit Hancur Aku oleh band rock indie kegemaran Malaysia iaitu Estranged dengan harapan menjadikannya lebih unik malah bersesuaian dengan cita rasa muzik hari ini.
Dengar Dendangkan “Hancur Aku” Yang Telah Diberi Nafas Baru Oleh Nidji
https://www.youtube.com/watch?v=2F6u1PepwTQ
Love, Fake & Friendship dimuatkan dengan 12 lagu terbaik seperti “Bila Bersamamu”, “Hancur Aku”, “Terlahir Beda”, “Gantungin Aku”, “Musnah”, “Jalani Hidup dengan Cinta”, “Terserah”, “Sabar”, “Energi Cinta”, “Cinta yang Hilang”, “Trying to Find You”, dan “Hara Tanah”.
Bagi mengikuti perkembangan terkini Nidji, sila klik [nidjiholic.com] atau lawat laman Instagram rasmi Nidji di [www.instagram.com/nidjiofficial]