Berita & Isu Semasa, Hiburan

Dating Lagi? Taylor Swift Kini Bercinta Dengan Aktor British, Joe Alwyn

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Dating Lagi? Taylor Swift Kini Bercinta Dengan Aktor British, Joe Alwyn

Nampaknya pencarian cinta si penyanyi manis Taylor Swift tak pernah serik. Selepas berpisah dengan aktor Tom Hiddleston, Taylor kini bermain api cinta dengan aktor dari British juga Joe Alwyn dilaporkan oleh The Sun.

Taylor dilaporkan berada di London bersama pengawal peribadi untuk bertemu dengan kekasih barunya itu. Menurut dari The Sun lagi, Taylor dan Joe cuba menyembunyikan identiti dengan memakai skaf dan topi ketika keluar bersama. 

Ada yang mengatakan Taylor terdesak dalam mencari cinta kerana beliau tidak mahu lagi dianggap seperti suatu permainan, iaitu seperti kisah-kisah cinta beliau sebelum ini. Jadi Taylor mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan barunya itu sebelum menjadi sasaran media. 

Joe Alwyn. Foto – Business Insider

Jejaka baru pilihan Taylor ini merupakan bintang baru British yang juga selebriti global berusia 26 tahun, Joe Alwyn pernah berlakon bersama Kristen Stewart dalam filem Billy Lynn’s Long Halftime Walk. Namun bila dirungkai semula perbezaan pengalaman dalam dunia hiburan antara Joe dan Taylor sangat ketara. Dimana Taylor tinggal di rumah agam bernilai 19 juta pound manakala, Joe masih lagi tinggal bersama ibu bapanya. Pengikut laman twitter mereka juga berbeza dengan Taylor kini 84 juta pengikut dan Joe pula hanya lebih dari 2 ribu pengikut. 

Para peminat Taylor jangan cepat melatah ya, berita ini belum dapat dipastikan kerana setakat ini pihak Taylor atau Joe masih lagi belum membuat sebarang kesahihan.

SUMBER

Komen Anda