Viral sejak semalam, seorang kanak-kanak yang berasal dari Singapura teruja apabila dapat beramah mesra dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Permaisurinya, Tuanku Zara Salim.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, kanak-kanak itu dilihat dengan berani telah melambai Sultan Nazrin dan Permaisuri Tuanku Zara semasa baginda berangkat keluar dari sebuah hotel.
Video yang dikongsi salah seorang petugas hotel itu memaparkan kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut amat teruja untuk bergambar dengan Sultan Perak.
Dia yang bertuah kemudian telah disapa mesra oleh Sultan Nazrin selain turut berkenan untuk bergambar bersama kanak-kanak tersebut.
Tonton Video Kanak-Kanak Teruja Nampak Sultan Nazrin
https://www.youtube.com/watch?v=SoZGbE4QI6I
Video tersebut kemudian mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka berasa bangga dengan sikap rendah hati pemimpin tersebut.
Antara komen yang dikongsi pengguna media sosial adalah mereka gembira dan teruja kerana Sultan Nazrin dilihat sebagai sultan yang berjiwa rakyat.
Berikut kami kongsikan video kanak-kanak tersebut yang teruja apabila bertemu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri Tuanku Zara Salim.
SUMBER