Procter and Gamble Malaysia (P&G) bersama pelakon Izreen Azminda serta Food Aid Foundation bekerja sama melancarkan ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, sebuah kempen seluruh negara yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk membantu mengurangkan beban para ibu tunggal semasa bulan Ramadhan ini dengan memberikan sumbangan barangan.
Bagaimana anda boleh turut serta?
Kempen ini akan berlangsung dari 15 Mei sehingga 15 Jun di 50 buah cawangan pasar raya yang terlibat (Giant, Tesco, MYDIN dan AEON) di seluruh negara. Para pembeli yang membeli produk P&G bernilai RM30 atau lebih, bakal layak menerima sebuah ‘Beg Hati’. Mereka kemudiannya digalakkan untuk mengisi beg tersebut atau mana-mana beg lain dengan barangan tak mudah rosak seperti makanan kering atau makanan tin, minyak masak atau sabun cuci, dan meletakkannya di kotak pengumpulan yang ditempatkan di cawangan-cawangan yang terlibat. Food Aid Foundation kemudiannya akan mengumpul barangan tersebut di akhir kempen ini dan mengagihkannya kepada para ibu tunggal di seluruh Malaysia.
Izreen Azminda, duta bagi kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ P&G Malaysia berkata,
“Sebagai seorang ibu tunggal, saya memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal yang lain yang perlu menjadi pencari rezeki sambil menjadi penjaga utama buat keluarga. Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan sememangnya memainkan peranan dalam menceriakan hidup kami terutamanya pada musim Raya di mana perbelanjaan sering kali lebih tinggi dari biasa. Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini untuk memberi sokongan kepada suatu isu yang begitu bermakna buat saya.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ dan senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian, sila layari www.daripadaibukepadaibu.com.my untuk memainkan peranan dalam membawa perubahan besar pada kehidupan para ibu tunggal dan keluarga mereka di bulan Ramadhan ini.