Hiburan

7 Fakta Menarik Tentang Si Cantik Manis Black Pink Lisa!

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
7 Fakta Menarik Tentang Si Cantik Manis Black Pink Lisa!

Black Pink merupakan girl group baru di bawah YG Entertainment dan merupakan girl group kedua selepas 2NE1. Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose, rata-rata mereka berusia sekitar awal 20an.

Yang menarik lagi makna Black Pink sendiri mempunyai tujuan yang bertentangan dengan persepsi umum tentang warna pink. Pink biasanya menggambarkan kecantikan, tetapi Black Pink menjelaskan bahawa ‘cantik bukan segala-galanya’. Black Pink bukan sahaja cantik tetapi juga berbakat besar!

Black Pink akhirnya debut pada 8 Ogos 2016 dengan single album bertajuk “SQUARE ONE” yang merangkumi dua lagu “BOOMBAYAH” dan “Whistle”.

Foto – Soompi Forums

Sejak debut sehingga kini ternyata Black Pink Lisa mencuri tumpuan para netizen, bukan sahaja dikalangan masyarakat Korea Selatan bahkan serata dunia ingin lebih mengenali remaja yang lahir pada tahun 1997 ini. Lisa bukan sahaja miliki rupa paras cantik dan manis, serta tinggi bahkan pergerakan tarian yang cukup menakjubkan malah boleh rap dengan baik sekali.

Ya, Lisa berasal dari Thailand dan merupakan ahli termuda namun apa fakta lain lagi yang anda tahu tentangya?

Jom kita selidik!

Foto – Pinterest

1. Lisa muncul dalam muzik video Taeyang ‘Ringa Linga’ bersama artis YG yang lain seperti Mino, Bobby dan B.I.

2. Lisa boleh bercakap empat bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Korea, Jepun dan Thailand. Lisa merupakan penterjemah dikalangan Black Pink.

3. Sebelum debut, nama Lisa adalah Pranpriya. Namanya kemudian ditukar kepada Lalisa selepas mengetahui maksud Lalisa iaitu ‘orang yang dipuji’.

Foto – Pinterest

4. Sudah berkawan dengan GOT7 Bambam sejak kecil lagi. Kedua-duanya adalah sebahagian daripada krew tarian ‘We Zaa Cool’.

5. Dilatih bersama YG Entertainment selama lima tahun dan tiga bulan sebelum debut sebagai kumpulan Black Pink.

6. Makanan kegemaran Lisa adalah kentang goreng, manakala hidangan Korea kesukaannya Gamjatang (spicy pork spine soup).

7. Satu lagi yang anda perlu tahu adalah Lisa lebih tertarik pada lelaki yang lebih tua darinya. Seseorang yang dapat menjaga dan mengambil berat dirinya.

Cantikkan Lisa ni?

Komen Anda