Info Menarik, Kecantikan

Info Menarik! Ini ‘Konsep’ Wanita Cantik Dari Serata Dunia

Izzah Azizah
/
Obses dengan benda cantik + kucing
Info Menarik! Ini ‘Konsep’ Wanita Cantik Dari Serata Dunia

Siapa lah dalam dunia ini tak nak cantik kan? 

Bila nampak selebriti bermata galak, terasa ingin memiliki mata sepertinya juga. Itu belum lagi lihat bibir giur Kylie Jenner, tapi kalau plastik lebih baik tak payah. Cantik secara semulajadi lebih baik dari menempah sakit dilewat usia nanti. 

Biasa kita dengar perumpamaan dalam Bahasa InggerisBeauty is in the eye of the beholderbermaksud cantik itu suatu perkara yang subjektif. Ia bergantung pada mata dan citarasa seseorang mengukur kecantikan pada individu yang dilihat. Sebenarnya sama jugaklah dengan selera makan, ada yang suka masin, tak suka manis sangat, jadi tepuk dada selera. 

Namun telah menjadi trend pada sesebuah budaya atau negara mempunyai ukuran standard mengenai konsep cantik pada masyarakat umumnya kaum wanita. Pernah kan dengar kalau di negara barat mereka berkejar untuk mendapatkan warna kulit perang, lain pula dengan wanita di kebanyakan negara Asia berlumba-lumba untuk putihkan kulit. 

Wanista rungkaikan beberapa konsep cantik wanita dari seluruh dunia. Mana tahu, rupanya dekat negara lain antara yang paling cantik! 

Korea – Bermuka kecil, kulit putih dan berkelopak mata

Suzy Bae. Foto – Soompi

United Kingdom – Kulit bersih dan perang dan gemar kelihatan semulajadi

Keira Knightley. Foto – Invision/AP

Belanda – Tinggi lampai, berambut perang ‘blonde’ dan wajah berstruktur

Marloes Horst. Foto – Google

Negara Arab – Beri tumpuan pada solekan mata dan bibir mungil

Maya Diab. Foto – en.southlive.in

Amerika ‘Latin’ – Bertubuh seksi, kulit perang ‘olive’ dan berambut hitam pekat

Salma Hayek. Foto – SouthStarz

India – Bermata galak, hidung mancung dan kulit cerah 

Kareena Kapoor. Foto – MultiVu

Thailand – Berkulit cerah dan wajah bujur sirih

Wannarot Sonthichai. Foto – Thai Sirens

Filipina – Rambut hitam dan lurus, hidung mancung dan mata redup

Angel Locsin. Foto – Juan Republic

Malaysia – Berkulit cerah dan wajah punya pesona ayu

Mira Filzah. Foto – Google

Tak kisahlah bagaimana pun rupa kita, tepat atau tidak dengan beauty standards negara luar atau Malaysia. Paling penting bersyukur dan nikmati anugerah Tuhan sebaiknya. 

RUJUKAN 1, 2 & 3

Komen Anda