Makanan

Kenny Rogers Perkenal Cita Rasa Tempatan Ramadan Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kenny Rogers Perkenal Cita Rasa Tempatan Ramadan Ini

Seperti yang kita semua tahu, rakyat Malaysia adalah golongan yang cintakan makanan. 

Menjelang bulan puasa serta perayaan Hari Raya yang bakal tiba, restoran ayam panggang yang lazat lagi sihat, Kenny Rogers Roasters dengan bangganya menganjurkan promosi hidangan istimewa untuk semua!

Sangsuria: Minuman berperisa sitrus dengan ais krim vanila. Foto -Arkib Wanista

Promosi hidangan Sempurna…RAYA!  ini adalah terdiri daripada seleksi sajian ayam panggang yang diperam dengan rempah ratus berperisa kemudian dicurah dengan kuah keju serta hidangan sampingan sayur-sayuran. Turut serta adalah Mufin Riang Ria sebagai pencuci mulut.

Muffin Riang Ria. Foto -Arkib Wanista

Mufin unik berkenaan adalah buat pertama kalinya diperkenalkan bersempena musim perayaan ini di mana ia menggabungkan rasa pandan dengan inti kelapa parut dan taburan gula perang.

Menu utama Cheesy Ceria Chicken ditawarkan dalam dua pilihan yang berharga RM20.50 sepinggan disertai:-

1. Cheesy Ceria Chicken Favourite Meal: RM20.50 (1/4 Cheesy Ceria Chicken + Salah Buah Segar + Aromatic Rice + 1 Muffin Riang Ria) 

2. Cheesy Ceria Chicken & Soup Meal: RM22.90 (1/4 Cheesy Ceria Chicken + 1 Country-style Chicken Soup + Aromatic Rice + 1 Muffin Riang Ria)

CheesyCeria Chicken & Soup Meal. Foto -Arkib Wanista

Menu Ala Carte:-

1. 1/4 Cheesy Ceria Chicken: RM14.90

2. Cheesy Ceria Whole Chicken: RM53.50

3. Muffin Riang Ria: RM3.80/sebiji atau RM21.90/ 1/2 dozen

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.krr.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Kenny Rogers Roasters Malaysia di [www.facebook.com/krrmalaysia]

BACA  15 Top Bubble Tea Famous Yang Digilai Ramai!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *