Ramadhan & Aidilfitri, Review - Makanan

Sajian Buka Puasa Mewah Ala Kampung Di Four Points By Sheraton Puchong

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Sajian Buka Puasa Mewah Ala Kampung Di Four Points By Sheraton Puchong

Hotel Four Points bukan asing lagi bagi masyarakat dunia, ia telah mempunyai sebanyak 200 hotel lebih dari 30 negara. Pengunjung biasanya akan menikmati keselesaan dan servis yang disediakan dari Four Points luar biasa hebat dari hotel lain. Sesuai dengan konsep business, meet pleasure, hotel Four Points biasanya berdekatan di bandar-bandar utama, lapangan terbang, pantai atau pinggir kota. 

IKLAN
Foto – www.pamper.my

Walaupun ia terkenal dengan status hotel mewah, sempena bulan Ramadan 2017 ini, hotel Four Points by Sheraton Puchong menyediakan jamuan buffet buka puasa dengan pelbagai hidangan kegemaran dari seluruh pelusuk Malaysia. Selera Nostalgia dari Four Points membawa lebih dari seratus seleksis pilihan makanan seperti Roti John, Ayam Dara Masak Briyani, Daging Masak Gulai, Sup Ekor, Mee Udang, Laksa Kari dan banyak lagi. 

Selera Nostalgia, bufet Ramadhan Four Points by Sheraton. Foto – arkib Wanista.com
Lauk-pauk juadah berbuka puasa dari Four Points by Sheraton Puchong. Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Kurma kambing antara lauk menjadi tarikan selera. – Foto – arkib Wanista.com

Bila sebut ‘nostalgia’ pasti membangkitkan memori berbuka puasa di kampung dengan juadah kampung yang tradisional. Ya, di hotel Four Points by Sheraton Puchong bermula 27 Mei sehinga 24 Jun 2017 juadah kampung seperti Gado-gado, Kerabu Ayam Kampung, Lemang, Serunding dan Ulam-ulaman Melayu. Bukan itu sahaja, gerai Nasi Kandar dengan pilihan ayam goreng, telur ikan goreng, ketam, udang dan sotong. Juga lauk wajib seperti Kari Ikan, Ayam Masak Kicap dan Kurma Kambing

Rojak buah yang boleh dibuat sendiri. Foto – arkib Wanista.com
Aneka kuih-muih tradsional. Foto – arkib Wanista.com

Tidak ketinggalan pemanis mulut terdiri dari 14 variasi pilihan kuih-muih, jeruk buah-buahan atau Bubur Kacang Hijau, Pengat Nangka, Sago Gula Melaka dan Dodol

Bagi anda yang gemar dengan citarasa kampung dan berdekatan dengan sekitar bandar Puchong wajib mencuba juadah berbuka puasa ‘Selera Nostalgia’ dari hotel Four Points by Sheraton Puchong.

Harga bufet berbuka puasa ‘Selera Nostalgia’ Four Points by Sheraton Puchong

RM140 – Dewasa

RM70   – Kanak-kanak 4 – 11 tahun

Nikmati diskaun early bird RM100 sahaja pada tempahan 10 April – 29 Mei 2017

IKLAN

Untuk tempahan, hubungi 03-5891 8888 atau emel [email protected]. Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Facebook Four Points by Sheraton Puchong.