Awal Mei lalu, jenama kosmetik dan barangan kecantikan Korea popular, Innisfree dengan jayanya melancarkan sebuah lagi cawangan baru di Malaysia yang berlokasi di Mid Valley Megamall.
Ini adalah gedung cawangan Innisfree ke-8 di Malaysia dan menariknya, Innisfree adalah salah satu jenama kecantikan Korea yang menggunakan 100% ramuan asli semula jadi bahkan kesemua tumbuhan dan herba adalah dituai dari Jeju Island, Korea Selatan.
Terdapat pelbagai pilihan produk menarik khas untuk wanita dan lelaki. Ianya terdiri daripada rangkaian penjagaan rambut, tubuh, wajah serta seleksi kosmetik bermutu untuk wanita yang gemarkan gaya solekan lembut ala selebriti Korea.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.innisfree.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Innisfree Malaysia di [www.facebook.com/innisfreeMYS].
INNISFREE MID VALLEY |
Alamat: Lot G-041, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2201 1623