Jika anda bukan seorang yang morning person, pagi merupakan waktu paling susah apatah lagi membebankan.
Namun, Miranda Kerr tidak lokek untuk berkongsi rutin paginya bersama wanita di luar sana. Tidak pernah ditangkap keluar rumah dalam keadaan selekeh dan tidak terurus, Miranda dalam Blog Kora Organics mendakwa yang dia hanya mengambil masa 15 minit untuk tampil menawan setiap pagi.
Tak mungkin 15 minit?
Air panas bersama lemon
Miranda akan mengambil secawan air panas dengan perahan lemon setiap pagi. Air lemon panas pada waktu pagi membantu memulakan proses pencernaan untuk sepanjang hari.
- Foto – Youtube Harper Bazaar
Ia juga membersihkan sistem, meningkatkan sistem imun dan mengimbangkan tahap pH kerana lemon sangat bersifat alkali. Ia juga mengandungi vitamin C, yang menggalakkan penyembuhan dan kesihatan.
Pre- shower – Dry body brushing
Sebelum mandi, supermodel dari Australia ini juga mengamalkan dry body brushing. Menurutnya ia adalah satu cara terbaik untuk melancarkan peredaran darah, membuang sel-sel kulit mati, membantu saliran limfa, menyahtoksik sistem dan menjadikan kulit licin secara menyeluruh.
- Foto – Nourished Life
Miranda akan mula memberus dari kaki dalam pukulan lembut dan ianya tidak perlu dilakukan terlalu lama, hanya beberapa minit sebelum mandi.
Rambut
Untuk penjagaan rambut pula, Miranda akan mencuci rambut pada waktu petang dan membiarkan kering sepanjang malam. Jadi apabila menjelang pagi, Miranda hanya tinggal untuk menggayakannya.
- Foto – Popsugar
Gaya rambut yang digemarinya kini adalah low braid dan high topknot kerana keduanya tidak mengambil masa yang lama untuk digayakan namun masih nampak feminin dan kemas.
Mekap
Untuk mekap harian, beliau mementingkan perapian bulu mata dengan dua lapisan maskara dan kening kerana ianya penting dalam membentuk wajah.
- Foto – Vogue
Untuk bibir, beliau hanya menggunakan sama ada lip balm untuk penampilan lebih semulajadi atau gincu warna merah untuk lebih statement.
Jus Hijau
Minuman ini baik untuk peredaran darah, tinggi dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kulit dan mata. Selain itu, Miranda juga berkongsi resepi smoothie yang sememangnya bagus untuk kecantikan dan kesihatan.
Setiap pagi beliau akan mengisar serbuk acai, buah beri goji, spirulina, serbuk koko mentah, serbuk macca, biji chia, serbuk vegan rice bersama air kelapa asli untuk diminum.
Apa lagi, selepas ini anda tiada masalah untuk bersiap pagi. Ikut sahaja cara Miranda Kerr.