Berita & Isu Semasa

[Video] Malang Tidak Berbau, Pelancong Diragut Ketika Leka Merakam Video Selfie

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Video] Malang Tidak Berbau, Pelancong Diragut Ketika Leka Merakam Video Selfie

Siapa pun tidak dapat meneka kemalangan atau kecederaan yang bakal menimpa diri.

Selasa lalu, seorang pelancong yang sedang melawat sekitar Dataran Merdeka tidak semena-mena diragut saat sedang leka merakam video swafoto menggunakan selfie stick.

Kejadian itu dikatakn berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari dan mangsa merupakan seorang wanita rakyat China, juga merupakan ahli perniagaan 41 tahun yang datang ke Kuala Lumpur untuk melancong.

Insiden itu bagaimanapun berlaku dalam seklip mata apabila seorang lelaki yang menunggang motosikal dari arah belakang terus meragut beg tangan milik wanita itu sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret ke bahu jalan.

Kejadian itu turut dirakam kamera hadapan telefon bimbit mangsa yang digunakannya ketika itu, seterusnya diviralkan di media sosial.

Tonton Petikan Rakaman Ketika Mangsa Diragut

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian itu, mangsa selamat dan tidak cedera. “Di dalam beg mangsa hanya mengandungi dokumen peribadi dan tiada barangan berharga.

“Siasatan polis mendapati, mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Genting Highlands dan sudah ke luar negara selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

SUMBER

BACA  14 Tahun Bersama Super Junior, Kangin Umum Keluar Dari Kumpulan Secara Rasmi
Leave a Reply
Your email address will not be published. *