Acara

Nikmati Buffet Hari Ibu Di IKEA, Seronoknya Makan Sambil Beli-Belah!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Nikmati Buffet Hari Ibu Di IKEA, Seronoknya Makan Sambil Beli-Belah!

Tak sabarnya nak tunggu sambutan Hari Ibu pada 14 Mei 2017 ini! Lain daripada yang lain, gedung perabot dan perkakas rumah terkemuka IKEA bakal menganjurkan buffet sarapan Hari Ibu untuk memeriahkan sambutan berkenaan di restoran mereka hujung minggu ini. Pelbagai jenis juadah ala barat disedikan termasuklah pastri dan buah-buahan, bijiran dan susu, aneka minuman, menu utama bebola daging dan jejari kentang serta banyak lagi pilihan hebat yang mengenyangkan!

IKLAN

Bermula seawal 8.30am hingga 10.30 am secara serentak di IKEA cawangan Damansara dan Cheras, seorang ahli IKEA FAMILY boleh membawa sehingga tiga orang individu bukan ahli untuk menyertai buffet dengan bayaran RM30 seorang.

Manakala tiket untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun adalah berharga RM10 setiap seorang.

Kesemua ahli IKEA FAMILY akan menerima baucar membeli-belah bernilai RM10 manakala RM5 untuk yang bukan ahli,

Bukan itu sahaja, Bagi 300 pelawat terawal yang hadir ke buffet boleh menuntut jambangan bunga ros secara percuma tau!

Sama-sama kita gembirakan hati ibu sempena Hari Ibu sedunia Ahad ini. Bagi individu yang mahu mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY, boleh berbuat demikian secara percuma di [family.ikea.com.my].

Untuk keterangan lanjut mengenai buffet sarapan Hari Ibu IKEA, sila klik [family.ikea.com.my/en/activities].

IKLAN