Cinta & Perhubungan, Pilihan

Ganti Jambangan ‘Klise’ Dengan Bunga Tangan Cantik Buat Ibumu

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ganti Jambangan ‘Klise’ Dengan Bunga Tangan Cantik Buat Ibumu

Sedar tak sedar, Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia sebagai acara simbolik menghormati serta menghargai pengorbanan wanita yang bergelar ibu akan jatuh pada hari Ahad ini, 14 Mei 2017.

Sudahkah anda membuat persediaan yang sewajarnya untuk mengembirakan ibu tercinta?

Selain bawa mereka pergi makan serta membelikan hadiah yang cantik-cantik, apa lagi yang boleh dilakukan demi mengukir senyuman di bibirnya?

Wanista cadangkan anda memberi jambangan bunga indah buat ibu anda yang bersifat feminin itu. Mereka pasti gembira!

Sumber: iStock

Namun, untuk wujudkan sedikit kelainan, jambangan bunga itu mungkin boleh digubah menjadi gubahan bunga tangan. Ianya lebih menarik dan bersifat peribadi. Jom lihat jenis-jenis hand bouquet mana bersesuaian dengan ibumu.

#1 Posy Bouquet [KLIK untuk tutorial]

Untuk ibumu yang gemarkan gaya ringkas. Gubahan bunga bersaiz kecil ini pastinya cocok dengan personaliti dirinya. Kuntuman bunga yang disusun secara rata dan mendatar kelihatan lebih kemas namun mampu membangkitkan aura versatile… tepat dengan jiwa kewanitaan lembut hati seperti dimilikinya sang puteri Snow White.

Sumber: Pinterest

#2 Cascading Bouquet

Cascading Bouquet adalah gubahan rimbun, dipenuhi pelbagai jenis bunga dengan tambahan dahan daun menjalar. Bunga tangan ini sengaja digubah menjalar sebegitu rupa untuk daya tarikan yang lebih gah. Pasti meriah jika berada di tangan ibumu yang gemarkan gaya berkelas! 

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

#3 Arm Sheaf Bouquet

Kebiasaannya dicipta berdasarkan gabungan bunga bertangkai panjang, ianya digubah secara bersahaja tanpa perlu menyusun rapi bunga-bungaan tersebut bagi menampakkan ciri-ciri semula jadi seolah bunga-bunga tumbuh mekar secara meliar. Arm Sheaf Bouquet akan diletakan secara mengiring di atas pergelangan tangan seperti memegang bayi.

Sumber: Pinterest

#4 Ballerina Bouquet

Digelar jambangan Ballerina kerana dibawah kuntuman bunga tersebut terdapat pericincian net seperti skirt penari Ballerina.

Sumber: borrowedandblue.com

#5 Composite Bouquet [KLIK untuk tutorial]

Buat para ibu yang kreatif belaka, gubahan bunga ini tidaklah menggunakan bunga mawar gergasi seperti yang dilihat sebaliknya gubahannya berasaskan kepingan kelopak bunga yang disusun satu-satu sehingga menjadi kuntuman bunga gergasi meyerupai mawar! Cantik snagat kan? Ringkas tetapi amat bererti jika dikirimkan sebagai pemberian Hari Ibu yang teristimewa. Klik link di atas untuk ketahui cara membuatnya!

Sumber: Pinterest

#6 Pomander Bouquet [KLIK untuk tutorial]

Untuk si ibu yang bersifat unik. Lain daripada yang lain kerana gubahan bunga Pomander Bouquet ini ditusuk mengelilingi span bebola sehingga membentuk satu gubahan membulat kemudian ditambah juntaian riben sebagai pemegang. Cantik dan comel bersahaja. ❤️

BACA  Serius Cantik! Kenali Jenis Bunga Yang Popular Untuk Majlis Kahwin
Sumber: Pinterest

Dalam resepsi perkahwinan pula, Pomander biasanya dipegang oleh gadis bunga serta pengapit atau gadis dulang (braidsmaid) pengantin perempuan.

#7 Nosegay Bouquet

Gubahan bungan tangan ini sama seperti Posy Boquet, ianya kecil dan boleh dipegang dengan satu tangan namun jambangannya lebih padat dengan dedaun hijau. Tangkainnya pula akan dipotong sama rata kemudian diikat ketat sebelum dikemaskan dengan riben mahupun tali berserat untuk tekstur yang lebih bohemian.

Sumber: Pinterest

#8 Biedermeier Bouquet

Beidermeier Bouquet adalah gubahan bunga tangan artistik kerana cara susunan bunganya menggabungkan beberapa jenis kuntuman secara bertingkat. Kalau ibu anda suka lebih dari satu jenis bunga, bolehlah cuba buatkan gubahan ini untuknya.

Sumber: Pinterest
Cascading Bouquet. Sumber: Pinterest

Jadi, dalam banyak-banyak pilihan gubahan bunga tangan ini, yang mana satu paling sesuai dengan karakter ibumu? 

RUJUKAN

Leave a Reply
Your email address will not be published. *