Berita & Isu Semasa

Teruja Dengan Kehadiran Maria Ozawa Bukti Nilai Islam Semakin Terhakis

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista,Cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay.Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Teruja Dengan Kehadiran Maria Ozawa Bukti Nilai Islam Semakin Terhakis

Sejak kelmarin, kecoh sesetengah rakyat Malaysia bila mendapat tahu bekas pelakon filem dewasa yang pernah terkenal suatu ketika dahulu, Maria Ozawa ada di Kuala Lumpur.

Hadir sebagai pelancong ke sini, Maria turut bersama teman lelakinya warga Filipina yang juga merupakan seorang pelakon dan Chef Jose Sarasola.

Berita pelakon Jepun itu, yang bergiat selama lima tahun mulai 2005, tersebar apabila fotonya “hello Kuala Lumpur” muncul di Instagram, Sabtu lalu.

Selain filem dewasa, Maria juga terlibat dalam filem-filem Invitation Only (Taiwan), Menculik Miyabi (Indonesia) dan juga Nilalang (Filipina).

When in Kuala Lumpur 🇲🇾⛱

A post shared by Maria.Ozawa (@maria.ozawa) on

Bermacam-macam gelagat peminat yang diterima menerusi komen-komen yang ditinggalkan pada foto-foto terkini Maria Ozawa di Instagram antaranya:-

Aiman: Awak betul-betul pandai mengusik peminat-peminat anda di sini. Nikmati percutian anda di sini, Maria!

Rossemirran77: Jenuh Google namanya, almaklumlah orang kampung tidak kenal Ozawa ini.

Joeoneda Saputra: Kenapa tuhan memberikan kecantikan yang luar biasa kepadamu?

Farrhan: Datang Pulau Pinanglah. Cuba makan roti canai telur goyang double, kuah letak di atas, satu. Ammmmakkk.

Payjal90: Maria Ozawa tidak berlakon lagi? Mari sini abang-abang bimbing sayang ke jalan yang lurus.

Syasya: Hi Maria, awak ada kenderaan atau tidak? Saya boleh saja [memandu] kalau nak jadi [pemandu] Uber awak. Percuma.

Ariplan95: Budak-budak tidak baik follow [akaun Maria Ozawa], nanti emak marah.

Imanoelcorries: Nah [kepada seseorang] idaman kau semasa di tingkatan satu [sudah berada] di sini.

Alwisyafii: Datang Kuala Lumpur tidak beritahu. Jom, hisap shisha

Bagaimanapun, sifat itu dilihat negatif apabila ramai diantara yang teruja dengan kehadiran Maria Ozawa adalah lelaki yang beragama Islam seterusnya membuktikan adat ketimuran dan nilai Islam makin terhakis, dakwa seorang pensyarah.

Dipetik dari akhbar Harian Metro, “Keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangan bekas pelakon lucah Jepun ini dilihat manifestasi adat ketimuran dan nilai Islam di negara ini semakin terhakis,” kata Dr Kamarulzaman Yusof.

“Saya juga melihat bahawa keterujaan segelintir masyarakat Islam terhadap kedatangannya menunjukkan mereka mengikuti perkembangan artis itu, termasuk menonton filem tidak bermoral yang dihasilkan wanita itu.”

Kamarulzaman, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia, mahu keterujaan dizahirkan pada “pelakon yang lebih bermoral” atau cendekiawan Islam yang hadir ke negara ini.

“Penghormatan itu bukan kesalahan, namun jika kita meletakkan penghormatan berlebihan pada pelakon yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, ini yang merunsingkan kita kerana ini menunjukkan norma adat ketimuran semakin hilang,” tambahnya.

SUMBER 1 & 2

 

Komen Anda