Shopee, salah satu gedung atas talian terkemuka di Malaysia bakal mengadakan kempen beli-belah besar-besaran menjelang lebaran 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi!
Nikmati potongan harga sebanyak 90 % bila membeli-belah barang keperluan termasuklah gajet, perkakas rumah, item fesyen serta barang harian seperti makanan dan sabun. Kempen Cahaya Raya bersama Shopee juga menawarkan seleksi peraduan menarik untuk disertai pengguna yang sudah mendaftar sebagai ahli pembeli Shopee, yang kemudian berpeluang memenagi hadiah harian berjumlah sehingga RM25,000 ringgit!
Lebih 25,000 jenis produk terpilih dari 10 kategori berbeza boleh dibeli dari Shopee pada harga murah selama 45 hari berturut-turut bermula 15 Mei hingga 30 Jun nanti.
Antara jenama yang terlibat dalam jualan murah kempen Cahaya Raya bersama Shopee adalah Huawei, Oppo, Nestle, Uniliver, Senheng dan banyak lagi!
Dalam waktu yang sama, Shopee mengumumkan kerjasamanya dengan Pos Malaysia untuk memperkenalkan servis CODiaitu Cash On Delivery di mana barangan yang dibeli boleh dihantar terus ke tangan pelanggan menerusi servis penghantaran terus ini. Situasi ini lebih memudahkan pengguna malah menjadikan servis penghantaran lebih telus tanpa sebarang keraguan buat para pengguna dan pembeli.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Cahaya Raya bersama Shopee, sila layari [cahayaraya.shopee.com.my]