Kalau hendak dikirakan, sajian Timur Tengah yang kaya dengan rempah ratus ini sebenarnya memang dekat dengan hati orang Melayu. Sedap pun sedap malah kebanyakan hidangan adalah berasaskan daging dan ayam.
Jika hendak membawa anak-beranak menjamu selera atau berbuka puasa di restoran Arab pasti mahal harganya hinggakan satu hidangan untuk seorang boleh mencecah RM50. Bayangkan sahajalah jika ada diantara mereka yang berkeluarga besar.
Namun, pilihan yang tepat buat anda andainya teringin mengubah selera, mahu cuba berbuka puasa ala orang Arab. Restoran The Straits Estate di V.E Hotel & Residence yang berlokasi di Bangsar South ini pastinya memuaskan! Dari hidangan pembuka selera seperti Keju Manakish hinggalah ke sajian utama Lamb Shank Tajine dan pencuci mulut yang terdiri daripada aneka Baklava. Semuanya bakal ditawarkan buat tetamu dengan rasa 1001 malam, disediakan segar dari dapur “Straits & Arabian Bazzar”!
Herba dan rempah ratus yang diramu dalam masakan memang terasa membuatkan anda tidak jemu untuk menjamahnya berkali-kali.
Setiap satu hidangan disediakan secara sempurna oleh chef profesional yang berpengalaman iaitu Chef Sous Unaver Unabia yang berasal dari Sabah. Beliau pernah bermastautin di Arab Saudi malah mempunyai pengalaman hampir bertahun dalam menyediakan sajian Timur Tengah. Hasil air tangannya yang bijak menggabungkan konsep serta teknik masakan yang disunting dari beberapa daerah di bumi padang pasir adalah berkesan bagi menghasilkan ciptaan yang enak, beraroma lagi mempersona.
Selain makanan Arab, The Straits Estate turut tidak ketinggalan melengkapi menu buka puasa tahun ini dengan beberapa hidangan Melayu kegemaran ramai seperti Ayam Percik Terengganu, Gulai Kawah Kari Kepala Ikan Melaka serta Bubur Serawa Nangka sebagai pemanis mulut.
Amat berbaloi sebagai menu buka puasa bersama keluarga, suasana restoran hotel ini juga adalah aman dan nyaman, dikelilingi pepohon rendang dan pastinya memberi ketenangan berganda buat para tetamu yang hadir kerana bisa mendengar deru angin dan pancuran air dari kolam ketika sedang menikmati juadah buka puasa secara santai.
Lebih 280 jenis pilihan juadah yang disediakan, tempahan untuk bufet ramadan telah dibuka sekarang pada harga RM98/seorang (dewasa) untuk tarikh berbuka dari 29 Mei hingga 5 Jun manakala RM128/seorang untuk tarikh berbuka dari 6 Jun sehingga tamat bulan Ramadan.
https://www.instagram.com/p/BTDMgvPDFQt/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Jika tempahan dibuat dan dibayar sebelum 15 Mei ini, potongan harga sebanyak 20% akan diberikan!
Set Muhibbah Dome pula boleh ditempah (10 orang satu meja) pada harga RM1,288 atau RM1,588 semeja.
Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook rasmi V E Hotel & Residence di [www.facebook.com/VEBangsarSouth].
Tempahan bolejh dibuat menerusi atas talian di [dine@vehotel.com] atau hubungi terus +603-22462888.
ALAMAT: The Straits Estate | Bangsar South City, No 8 Jalan Kerinchi, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur