Sudah tidak disangkal lagi Putera Harry dan Meghan Markle kini dilamun cinta.
Artikel berkaitan: Teman Wanita Baharu Putera Harry Dapat Restu Ratu Elizabeth, Putera Charles
Pasangan kekasih itu dirakam mesra pada Ahad lalu. Meghan yang juga bintang utama dalam drama siri Suits, memberi ciuman mesra kepada si Putera selepas menyaksikan Putera Harry bermain di acara Audi Polo Challenge, Coworth Park Polo Club di Ascot, England.
Ini merupakan kali pertama pasangan merpati dua sejoli ini menonjolkan gelagat mesra mereka kepada umum.
Menurut laporan dari US Weekly, Meghan juga bakal menghadiri majlis perkahwinan Pippa Middleton iaitu adik perempuan kepada Kate Middleton yang berlangsung pada 20 Mei ini.
Ada juga sumber mengatakan, kedatangan Meghan dalam hidup Putera Harry telah banyak mengubah beliau menjadi seorang putera yang lebih disegani dan bertanggungjawab.