Pada anda yang lahir atau membesar sekitar tahun 1990 pasti teringat akan trend fesyen dan solekan yang menjadi kegilaan para kakak dan ibu waktu itu. Jika dahulu garis kening diukir nipis dan tinggi tapi sekarang ia lebih kepada warna gelap dan tebal. Garis masa dunia solekan juga sama seperti dunia fesyen yang seiring dengan perkembangan teknologi dan juga ulangan mengikut dari pembawa dari rumah-rumah fesyen terkemuka dunia.
Lebih sedekad yang lalu, kini trend solekan 90-an masih lagi menjadi ikutan dan pilihan pencinta solekan untuk gaya harian atau glam. Adakah anda juga masih mengikutinya?
Lipstik Warna Coklat
Dulu….
Kini…
Pembayang Mata Biru Kilat
Dulu…
Kini…
Dua trend ini tidak banyak berubah dari pemilihan warna, ianya terdapat perbezaan dari segi teknik dan padanan look pada bahagian atas dan bawah wajah.
Garis Celak Sekeliling Mata
Dulu…
Kini…
Contouring
Dulu…
Kini…
Celak dan teknik contouring bukan sesuatu yang baharu dalam solekan, bahkan ia merupakan asas yang perlu ada untuk melengkapkan sesebuah solekan wajah. Jika dilihat pada tahun 90-an, teknik celak dan contouring lebih strong berbanding sekarang ia lebih kepada teknik strobing untuk kelihatan semulajadi.
Adakah anda ikut cara 90’s atau kini? Jangan lupa untuk komen dibawah!