Hari istimewa Hari Ibu semakin menghampiri, pasti masih ada yang belum merancang apa-apa aktiviti lagi. Bawa ibu anda ke The Gardens Mall pada 3 hingga 14 Mei ini di The Gardens Mall South Palm, North Atrium, dan South Atrium. Dimana mereka mengadakan pameran kecantikan dengan memperkenalkan produk dan promosi terbaik sempena hari Ibu. Antara jenama dan produk yang tampil ialah Neal’s Yard Remedies & THREE, KENS Apothecary, Laura Mercier, Hairco and Paris Miki,Cosme Decorte, Astalift of Isetan, Chanel dan La Mer of Robinsons.
Manjakan ibu anda dengan sesi kaunseling kecantikan dari pakar kecantikan yang berpengalaman; iaitu bermula dengan rawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain itu, dibahagian Ground Floor terdapat pelbagai pilihan jenama mewah solekan dan kecantikan mesra alam yang sesuai untuk dijadikan hadiah istimewa pada bulan ini.
Jika anda berbelanja RM600 (RM550 untuk ahli The Gardens Club dan membuat pembelian di pameran di Ground Fllor) dalam satu resit* di mana-mana stor pillihan The Gardens Mall bakal menerima set penjagaan diri yang dipilih khas oleh KENS Apothecary. *Terhad pada 70 penebusan sehari.
Pada 13 Mei 2017, kepada 40 ibu terawal yang mengunjungi bahagian carta bunga Lancôme di West Lobby, The Gardens Mall menerima ilustrasi potret dari pelukis. Tambah lagi, Lancôme akan menyediakan bunga mawar dan wangian kepada 200 ibu yang menyertai acara tersebut.
Untuk maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/thegardensmallmalaysia/